200 Samsung Galaxy Note 8 Percuma Untuk Penumpang Penerbangan

0
175
views
Samsung Galaxy Note 8

SERAMAI 200 penumpang penerbangan Iberia dari La Coruña ke Madrid Barajas, Sepanyol bukan sahaja mendarat dengan selamat malah menerima kejutan berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 secara percuma.

Pemberian secara besar-besaran yang dilakukan oleh Samsung Sepanyol menerusi penerbangan domestik itu bagaimanapun bukanlah kempen di peringkat global.

Menerusi penerbangan itu, pembantu penerbangan meletakkan Galaxy Note 8 di dalam dulang sebelum membuat kejutan kepada semua penumpang.

Idea kreatif Samsung itu dilihat sebagai satu cara untuk membuktikan bahawa peranti mereka kini selamat untuk dibawa dalam penerbangan.

Hal ini berikutan insiden bateri Samsung Galaxy Note 7 yang beberapa kali meletup dalam pesawat pada tahun lalu.

Samsung Galaxy Note 8
Foto : Google

Dalam pada itu, pihak Samsung Sepanyol menerusi twitter mereka menulis: “Apabila kami jatuh, kami bukan sahaja bangkit semula tetapi kami juga belajar untuk terbang.” – mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here