8 sebab kenapa anda perlu menonton filem Tombiruo

0
451
views
filem-tombiruo

Naskhah Filem Tombiruo Penunggu Rimba merupakan antara filem yang paling dinanti-nantikan tahun 2017. Filem adaptasi karya novelis thirller nombor satu Malaysia kini sedia beraksi di layar perak seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 12 Oktober ini.

filem-tombiruo
Photo: Rojakdaily

Berkesempatan menonton filem ini ketika malam gala tayangan perdananya tempoh hari, inilah pertama kalinya majlis malam gala dihadiri hampir 1,200 orang memenuhi 9 panggung wayang pada malam itu. Sebagai seorang pengikut novel Ramlee Awang Murshid yang habis membaca tiga turutan kisah Tombiruo, kami sarankan anda juga perlu menonton filem ini.

Kenapa? Ini lapan sebabnya.

1. Filem bergenre aksi drama ini menampilkan barisan pelakon handalan. Biarpun ada sebahagian watak yang hanya hidup 10 minit sahaja, namun ia telah digalas penuh cemerlang oleh barisan pelakon-pelakon filem ini antaranya Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussien, Farid Kamil Dato’ M. Nasir, Datin Marlia Musa, Hasnul Rahmat, Faye Kusairi, Dynas Mokhtar, Atu Zero dan ramai lagi.

Filem TOMBIRUO
Photo: Rojakdaily

2. Jika anda pembaca setia ketiga-tiga naskah Tombiruo, pasti anda mahu menyaksikan bagaimana watak Ejim ataupun Tombiruo yang begitu misteri dizahirkan oleh pelakon Zul Ariffin.

 

3. Menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang dan juga Sabah, tempat asal Tombiruo, lokasi penggambaran terutamanya berdekatan air terjun dan sungai begitu mempesonakan.

Filem TOMBIRUO
Photo: Rojakdaily

4. Sering menonton drama-drama atau filem lakonan Zul Ariffin, kami rasa ini merupakan antara lakonan terbaik Zul Ariffin biarpun Tombiruo hanya bercakap beberapa patah perkataan sahaja di dalam filem ini. Bahasa tubuh dan gerak gerinya seiring dengan watak Tombiruo di dalam novel. Zul Ariffin berjaya membawa watak Tombiruo dengan baik dan meninggalkan kami dengan perasaan kasihan dan misteri di hujungnya. Mungkin apabila memakai topeng, Zul Ariffin lebih menjiwai wataknya.

Filem TOMBIRUO
Photo: Rojakdaily

5. Lagak aksi yang bertaraf Hollywood! Babak gaduh dalam filem ini memang mantap. Mendapat sentuhan dari pengarah yang mahir dalam kesan visual dan aksi iaitu Seth Larney, itulah sebabnya aksi lawan antara Tombiruo dan musuh-musuhnya cukup mendebarkan.

Filem TOMBIRUO
Photo: Rojakdaily

6. Atu yang membawakan watak Ondu, pekerja Jabatan Perhilitan Hutan Sabah walaupun kecil, mencuit hati. Mungkin kerana dia berbahasa dialek Sabah membuatkan filem ini betul-betul dihasilkan di tempat asal Tombiruo.

Filem TOMBIRUO
Photo: Rojakdaily

7. Bagi pembaca novel Tombiruo, anda pasti tahu bahawa Tombiruo memiliki wajah bukan manusia dan seorang yang tidak pernah menanggalkan topeng mukanya. Bagaimanakah muka Tombiruo yang sebenar? Hodoh ataupun cacat? Adakah dia akan membuka topengnya di akhir filem?

 

8. Dua jam berlalu tanpa sedar sepanjang menonton filem ini. Tombiruo sebuah karya yang sarat aksi, drama, pergelutan, khianat dan dendam kesumat yang pasti buat perasaan anda bercampur-baur. Permulaan filemnya sahaja sudah membuat bulu roma berdiri. Ditambah lagi dengan lagu tema filem ini, Ribut Hati nyanyi Aina Abdul, memberikan mood kepada keseluruhan perjalanan cerita terutamanya di saat peralihan babak-babak penting. Sebuah filem wajib tonton yang akan berada di pawagam 12 Oktober ini, pastikan anda tidak terlepas. -Rojakdaily

 

Baca lagi : Review Telefilem Che Pa – Karya Terbaru Sabri Yunus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here