Adakah ini Mona Lisa?

1
191
views
monalisa
monalisa
Lukisan arang Mona Lisa ditemui di Perancis

Penemuan baru-baru ini di dalam koleksi seni Conde Museum (Musée Condé) telah menemukan lukisan arang dengan persamaan yang sangat menarik kepada Mona Lisa karya Leonardo Da Vinci. Menerusi penelitian, terdapat persamaan diantara keduanya.

mona lisa
Foto : Daniel Pike

Lukisan berjudul ‘Joncande Nu‘ dan ‘Monna Vanna‘ sangat mirip dari segi rupa, posisi tangan dan badan dengan Mona Lisa.

Identiti sebenar Mona Lisa telah menjadi perdebatan selama bertahun-tahun. Pakar berpendapat kedua-dua lukisan ini merujuk kepada seorang wanita yang dipercayai sebagai Mona Lisa iaitu Lisa Gherardini. Seorang wanita yang hidup pada zaman pembaharuan Itali.

Pakar juga percaya kemungkinan lukisan arang ini dihasilkan oelh salah seorang anak murid Leonardo. Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah dua lukisan ini orang yang sama?

Sumber

  1. providr.com
  2. wikipedia

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here