Apa Maksud Format BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, Dan R5?

0
157
views
apa maksud format brrip

Bagi anda yang biasa memuat turun video dari internet, istilah BRRip, DVDRip, DVDSCR, CAM, TS, TC, dan R5 adalah format biasa pada setiap video.

Tetapi tahukah anda apakah maksud bagi setiap format ini?

Ia sebenarnya adalah nama kualiti video dan supaya anda boleh mendapat kualiti video yang lebih baik, kami di mediakedah menjelaskan lebih terperinci tentang erti BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, dan R5 tersebut.

Bluray/BRRip/BDRip

Resolusi besar iaitu 1920×1080 atau 1280×720 (bergantung failnya). Sesuai dengan namanya, filem jenis ini di rip dari media Blueray dimana kualitinya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan DVDRip.

DVDRip

Adalah filem hasil salinan dari DVD original. Kualiti gambar dan suaranya sangat baik (DVD Quality), muat turun filem jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD original.

DVDScr atau DVD Screener

Adalah filem hasil salinan dari PROMO DVD yang keluar sebelum DVD original dipasarkan.

Kebiasaannya, pihak studio akan meninggalkan logo dan tera air. Terdapat perancangan dari pihak studio untukĀ encrypted DVD Screener (menggunakanĀ AES 128-bit encryption ) supaya fail video tidak dapat disalin untuk tujuan cetak rompak.

Juga terdapat beberapa tambahan lain seperti masa penggambaran, babak hitam putih, logo, nombor siri dan maklumat metadata bagi beberapa babak dalam filem tersebut. Nombor siri digunakan sebagai rekod kemana video tersebut dihantar.

WEB DL

Filem berkualiti Web-DL biasanya diperolehi dari iTunes Store atau laman web lain yang menyediakan siaran TV melalui jaringan internet. Kemudian, filem-filem tersebut diubah suai dengan pelbagai cara yang kemudian kita muat turun semula.

HRHDTV, HRHDTV, HDTV, HDTVrip, HDTC, HDTS

Adalah video hasil salinan dari sebuah channel HDTV (High Definition Television). Untuk kualiti gambar dan suara sangat baik namun biasanya pada bahagian atas atau bawah layar dipotong untuk menutup sumber video disalin.

Kualitinya hampir menyamai WEB DL.

Untuk HDTC, ia adalah rakaman menggunakan peralatan sebelum disalin semula ke format digital atau biasa disebut Telecine dalam kualiti HD. Kualiti audio dan videonya sangat memuaskan.

CAM Atau CAMRip

Adalah kualiti video yang bersumber dari video/filem yang dirakam menggunakan kamera tangan. Untuk kualiti, gambarnya sangat teruk dibandingkan dengan DVDRip, DVDScr dan R5.

TS Atau Telesync

Sama seperti kualiti CAM, ia juga berasal dari rakaman kamera tangan. Kelebihannya adalah, pada masa rakaman dibuat, perakam diletakkan hampir dengan sumber suara.

Kemudian suara tersebut digabungkan dengan hasil rakaman video menggunakan perisian video editor.

Kualiti gambar bergantung pada kedudukan kamera diletakkan pada saat rakaman. Ianya hampir sama sahaja dengan kualiti CAM.

TC

Adalah proses rakaman video menggunakan alat untuk menyalin filem dari projector ke format digital atau biasa disebut Telecine. Untuk kualiti, audio dan videonya sangat baik.

R5

Adalah video yang dikeluarkan di negara tertentu atau biasanya diseludup. Kualitinya sangat baik kerana di salin secara langsung dari DVD original.

–mediakedah–

Baca Juga : Sistem Pengecaman Wajah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here