APAKAH ITU PENYAKIT RESDUNG?

0
283
views
penyakit resdung

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Penyakit Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis.

Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung .

Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul serta menjadi pekat seterusnya menyebabkan jangkitan kuman dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung boleh menyebabkan kesihatan anda terjejas.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau, itu antara tanda-tanda penyakit resdung

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak

Apakah itu penyakit resdung ?

Istilah Perubatan Tradisional
Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik
Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan

Sumber : panduan-tips-petua.blogspot.my

Baca Juga : 8 Petua Hilangkan Resdung Secara Tradisional

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here