Awas Philodendron imbe si cantik yang beracun

0
194
views
cantik yang beracun
Philodendron IMBE daripada jenis pokok pemanjat dan menjalar yang berakar lembut.

Spesies Philodendron imbe datang daripada keluarga tumbuhan Araceae.

Ia sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan kerana mempunyai bentuk pokok yang menarik.

cantik yang beracun
Philodendron Imbe cantik di tanam dalam pasu besar.

Daunnya berbentuk bujur panjang seakan bentuk lambang cinta, cantik dan berpenampilan unik.

Selain itu, ia juga digelar sebagai Fiddle-leaf Philodendron kerana bentuk daunnya seakan-akan alat muzik biola.

Pada bahagian atas pula, daunnya yang berwarna hijau seakan-akan berombak dan bersinar seperti diselaputi lilin.

Philodendron imbe ialah daripada jenis pokok pemanjat dan menjalar yang berbatang lembut.

Akar udara yang tumbuh pada buku batangnya membolehkan pokok tersebut memanjat apa sahaja terutama pada permukaan yang lembab dan sejuk seperti dinding simen, batang pokok, batang kayu berlumut dan sebagainya.

cantik yang beracun
Hati-hati ketika memotong batang pokok kerana ia mengeluarkan getah beracun.

Menariknya, pokok tersebut boleh tumbuh subur melebihi dua meter panjang.

Baca Juga : Idea Makanan Sihat Mudah dan Cepat

Pembiakan:

Ia senang dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang sekurang-kurangnya dua ruas dengan buku pada batangnya itu yang berakar udara.

Penanaman:

  1. Kerat batang yang mempunyai akar udara bagi mempercepatkan pertumbuhan pokok baharu.
  2. Tanam terus ke dalam medium tanaman yang disyorkan.
  3. Siram dan letakkan pokok tersebut di tempat teduh.

Medium tanaman berasaskan tanah yang mudah air mengalir keluar dan kaya dengan bahan organik adalah sesuai untuk penanamannya.

Campuran medium tanaman yang disyorkan ialah 3:2:1: (Tanah peroi:Bahan organik:Pasir sungai).

Penjagaan:

1) Ia sesuai ditanam di tempat teduh untuk hidup subur.

Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari yang terik kerana ia boleh menyebabkan daunnya yang cantik itu melecur.

Daun yang melecur itu sukar dipulihkan, sebaliknya solusi terhadap insiden tersebut hanya dengan memotong daun berkenaan bagi menggalakkan pertumbuhan daun baharu.

2) Ia memerlukan kadar kelembapan yang tinggi. Oleh itu, siram dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

Siram bila perlu sahaja pada hari hujan. Kekalkan kelembapan di persekitarannya dengan menyembur air pada daun terutama ketika hari terlalu panas.

3) Baja organik seperti najis ayam atau kelawar amat sesuai bagi pokok ini supaya dapat membekalkan nutrien yang diperlukan.

Selain itu, baja kimia juga sesuai untuknya, namun harus waspada kerana penggunaan baja bijian itu boleh melecurkan daun dan batang pokok sekiranya terkena baja.

Idea pameran:

  1. Spesies ini sesuai ditanam di tanah dan dibiarkan memanjat dinding atau batu.
  2. Ia juga boleh dilatih untuk memanjat batang kayu yang diselaputi dengan lumut sphagnum moss atau sabut kelapa. Pameran cara sebegini mampu menyerlahkan lagi penampilannya yang unik dan menarik.
  3. Ia cantik ditanam dalam pasu besar untuk dijadikan pokok spesimen yang mempamerkan daunnya yang cantik dan menarik.

Tip:

  1. Potong hujung pokok bagi menggalakkan pertumbuhan ranting baharu untuk rumpun pokok yang lebih padat.
  2. Lapkan daun dengan tuala lembap dan sapukan cecair pengilat daun atau leaf gloss untuk pameran daunnya yang lebih cantik.
  3. Bahagian pokoknya yang dipotong mengeluarkan getah boleh menyebabkan kegatalan pada kulit. Oleh itu, berhati-hati mengurusnya.
  4. Spesies ini juga dikatakan beracun kepada binatang peliharaan, terutamanya anjing. Oleh itu, jangan pamerkan di ruang yang menjadi tempat lalu-lalang haiwan peliharaan.

kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here