Bajet2018 : RM200 Untuk Anak Malaysia Lahir Mulai 1 Jan 2018

0
209
views
bajet-2018

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

RM200 Kepada Anak Malaysia Lahir Mulai 1 Jan 2018
Foto : Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, berkata skim itu yang pertama kali diperkenalkan bagi menjamin masa depan generasi TN50 dikenali sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan turut memperuntukkan RM250 juta bagi pendidikan generasi TN50 yang antara lain digunakan untuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya, pusat itu bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini serta melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

Peruntukan itu juga digunakan untuk mempertingkatkan modul komputer sains termasuk program koding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3.

“Ketiga, memperuntukkan RM190 juta bagi menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21 bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan kreatif dan inovatif,”katanya.

Najib berkata kerajaan turut melihat peranan penggiat seni untuk mengangkat mutu budaya ke tahap lebih tinggi dengan peruntukan hampir RM20 juta diberikan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here