Bercuti di Cameron Highland, 4 Tips Untuk Melancong Ke Sana

3
1129
views
bercuti di Cameron Highland
tips melancong ke cameron highland

Sesetengah orang lebih gemar bercuti di tepi pantai. Namun, bagi yang lain mereka berasa lebih tenang dapat bercuti di Cameron Highland dan berehat di kawasan tanah tinggi

Kelebihannya, memang sejuk dan nyaman! Selain terdapat pelbagai produk menarik seperti teh, strawberi, madu dan sebagainya.

Bercuti di Cameron Highlands pastinya menjadi pilihan buat mereka yang gemarkan kawasan hijau dan tanah tinggi. Namun, nak melancong haruslah ada tipsnya, bukan sebarangan pergi sahaja. Terutama bagi anda yang pertama kali ke Cameron Highlands, jangan risau kerana di sini ada tipsnya.

bercuti di Cameron Highland
bercuti di cameron highland
bercuti di Cameron Highland
Foto : FB tempatmenarikmy
bercuti di Cameron Highland
Foto : FB tempatmenarikmy
bercuti di Cameron Highland
Foto : FB tempatmenarikmy
bercuti di Cameron Highland
Foto : FB tempatmenarikmy

Antara perkara yang dititikberatkan sudah tentu kos, privasi dan keselamatan. Jom lihat tips bercuti di Cameron Highland yang diberikan oleh laman Tempat Menarik ini:

1. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.
.
2. Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.
.
Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.

Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma. Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
.
3. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
.
4. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

Sumber : FB tempatmenarikmy melalui cari.com.my

Baca juga : Peluang digigit dan dicium kelah di Tasik Kenyir

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here