Bintang Undangan ‘Running Man’ Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

0
198
views

PENGGAMBARAN program variasi ‘Running Man’ terpaksa dihentikan berikutan kematian Kim Joo Hyuk.

running man
Yoo Young tidak dapat meneruskan rakaman kerana terkejut dan menghadapi kesukaran untuk mempercayai peninggalan teman lelakinya

Bekas anggota rancangan ‘2 Days & 1 Night’, Kim Joo Hyuk meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan petang semalam.

Pada hari yang sama, teman wanita beliau, Lee Yoo Young sedang membuat penggambaran untuk ‘Running Man’.

Yoo Young tidak dapat meneruskan rakaman kerana terkejut dan menghadapi kesukaran untuk mempercayai pemergian teman lelakinya.

“Penggambaran di Busan segera diberhentikan apabila kami menerima berita tersebut. Semua anggota dan tetamu telah kembali (dari Busan),” kata wakil syarikat penyiaran SBS, menerusi laporan portal hiburan allkpop.

Joo Hyuk dan Yoo Young bertemu apabila mereka membintangi filem ‘Yourself and Yours’ dan mereka dilaporkan bergaul mesra meskipun terdapat jurang perbezaan usia iaitu 17 tahun.

Joo Hyuk telah menyatakan hasratnya untuk mengahwini teman wanitanya pada hujung tahun ini menerusi temu bual pada Februari lalu. – astroawani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here