Bitcoin Terus Merudum

0
122
views
SEORANG lelaki melihat kadar harga mata wang kripto di Seoul, Korea Selatan pada Selasa lalu.

LONDON – Mata wang digital ter­kenal dunia, bitcoin menyaksikan penurunan 20 peratus kelmarin apabila harganya kini mencecah AS$10,000 (RM39,585), manakala mata wang kripto lain turut mengalami penurunan yang sama.

Fenomena nilai susut itu berlaku gara-gara pelabur berasa bimbang apabila pengawal selia mengetatkan kawalan terhadap usaha mengekang spekulasi selain kemungkinan penggunaan mata wang itu akan diharamkan tidak lama lagi.

Istilah bitcoin atau mata wang kripto yang terbesar dan paling terkenal di dunia itu turut mengalami penurunan sebanyak 30 peratus daripada harganya pada Selasa lalu.

Biarpun, kadar bitcoin agak stabil ketika akhir dagangan di Amerika Syarikat, namun ia merupakan sebahagian daripada rekod tertinggi apabila pernah mencatatkan hampir AS$20,000 (RM79,000).

Nilai pasaran itu ditetapkan dalam pasaran bursa mata wang digital, Bitstamp yang berpangkalan di Luxembourg sebulan lalu.

Mata wang digital lain yang menduduki tempat kedua dan ketiga, Ethereum dan Ripple turut jatuh selepas laporan Korea Selatan dan China menyifatkan bahawa pihaknya akan mengharamkan perdagangan mata wang kripto sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap tindakan pengawal selia.

“Keadaan itu mencetuskan panik dalam pasaran. Kebanyakan individu cuba menjual semula mata wang itu.

“Anda mempunyai peraturan yang tidak pasti sekali gus menyebabkan nilainya jatuh selain turut menyumbang penyusutan mata wang digital lain,” kata Pengasas Cryptocompare, Charles Hayter.

Beberapa penganalisis di Citi berkata bitcoin berpotensi berkurangan separuh nilai daripada harga asal di sebalik krisis itu dan menambah bahawa terdapat kemungkinan kejatuhan antara AS$5,605 (RM22,000) dan AS$5,673 RM22,500). – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here