Cara Buat Resipi Roti Golok Yang Viral

2
1736
views
resipi roti golok

Resipi Roti Golok yang tengah hangat duk viral sekarang. Buat minum petang, memang sedap ni. Nak buat takde la susah mana. Bahan-bahan pun mudah dicari kat pasaraya berdekatan anda. Kalau nak tahu cara buat Roti Golok yang mudah, korang boleh tengok step dia kat bawah ni. Selamat mencuba.

Resipi Roti Golok

 

Bahan A:

1 cawan air suam
1 sdu besar susu pekat
4sudu besar gula
3-sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)

 

Bahan B:

4 cawan tepung roti atau tepung high protien
1 sudu kecil bun softoner
2sudu besar mentega
1 biji telur
1sudu besar susu tepung(tak letak pun takpe,kalau letak lagi sedap)
(Ramas ramas bahan B sampai rata .)

 

Cara membuat resipi roti golok

  1. Tuang bahan-bahan A kedalam bahan B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam hingga 40 minit.
  2. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal (ikut kesesuaian masing-masing).
  3. Susun dlm loyang, jarakkan antara doh.
  4. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda. Sementara itu panaskan oven. Boleh dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing-masing api atas bawah sampai masak.
  5. Tunggu roti sejuk baru sapu butter @marjerin. Akhir sekali tabur gula kastor@gula halus.

Sumber: Cempedakcheese.

Resipi berkaitan : Sajian Nasi Goreng Cina Menyelerakan Dan Seimbang, Jom Cuba

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here