Dapatkan Tips Untuk Tambang Murah Penerbangan

1
761
views
tambang-murah
Anda suka melancong keluar negara?

Siapa yang tidak suka bila dapat harga tambang penerbangan murah bukan? Lagi-lagi bagi mereka yang suka sangat melancong ke luar negara.

Disini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk dapatkan harga tiket murah. Terima kasih kepada alisaomar.com kerana berkongsikan tips berguna ini. Anda boleh cuba tips-tips ini. Jangan segan silu untuk berkongsi tips dengan rakan-rakan anda ya…

1. “EVERYWHERE”

tips tambang murah - skyscanner
www.skyscanner.net

Cara ini boleh dipakai kalau kita guna Skyscanner. Letak saja “Everywhere” dalam carian dan nak lagi best? Tarikhnya pula letak “Cheapest month“.

Skyscanner akan beri kita senarai lokasi-lokasi termurah pada bulan termurah. Cara ini lebih sesuai kalau kita baru nak mencari destinasi pelancongan dan bukan untuk lokasi yang kita dah tetapkan.

2. SELASA, TENGAHARI

Penerbangan pada Jumaat malam dan Sabtu malam akan jadi lebih mahal. Selasa tengahari sebaliknya, akan lebih menjimatkan poket anda.

Sebabnya, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa akan keluarkan harga jualan tiket minggu mereka seawal Selasa tengahari.

Terbang untuk penerbangan tengahari juga akan jadi lebih murah dari terbang pada waktu awal pagi dan malam.

3. 7 MINGGU & 18 MINGGU

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Skyscanner dan CheapAir, 7 minggu adalah tempoh terbaik untuk penerbangan jarak dekat dan 18 minggu pula untuk penerbangan jarak jauh. Elakkan dari tempah terlalu awal dan juga “last-minute booking”.

4. PRIVATE BROWSING

tips tambang murah penerbangan - private browsing
Private Browsing / Incognito

Mungkin ramai pernah dengar tentang travel hack ni. Mesti ada yang pernah perasan, kali pertama cari tiket penerbangan, harganya RM250 contohnya.

Kali kedua kita datang ke laman web sama dan untuk penerbangan yang sama, tiba-tiba harga tiket naik jadi RM270.

Ini fungsi Private Browsing atau disebut juga Incognito Mode, syarikat penerbangan sukar memanipulasi internet history dan cache kita untuk menaikkan sedikit harga dengan sewenang-wenangnya.

5. PERBANDINGAN HARGA

Tips tambang murah penerbangan - expedia
www.expedia.com

Terdapat beberapa laman web yang membandingkan harga tiket penerbangan. Contohnya Expedia, Kayak, Momondo dan sebagainya.

Kadangkala, Expedia boleh jadi lebih murah dari Skyscanner atau Momondo tawar harga paling tinggi berbanding yang lain.

Rujuk poin seterusnya dulu sebelum anda nak tempah terus dari third-party companies ini.

6. RUJUK HARGA FLIGHT DI LAMAN WEB RASMI AIRLINE

Rujuk di laman web third-party macam Skyscanner tu memang memudahkan kita, boleh nampak semua harga yang ditawarkan dalam satu laman.

Jika boleh, dinasihatkan untuk pengguna rujuk juga laman web rasmi syarikat penerbangan dan bandingkan harganya juga.

Contohnya, terdapat juga penerbangan yang meletak cas tambahan untuk tempahan. Juga flight deals yang boleh didapati di laman web rasmi penerbangan sahaja.

7. SATU AIRLINE vs. MULTIPLE AIRLINES

Menggunakan satu penerbangan untuk satu laluan terus lebih mudah berbanding dengan penerbangan transit. Tidak perlu untuk pengguna keluar masuk imigresen atau menunggu lama di ruang transit.

Tetapi terdapat juga penerbangan dengan tambang lebih murah untuk penerbangan transit. Jadi pengguna perlu periksa dahulu harga untuk setiap penerbangan.

8. 24-HOUR RULE

Sebaik saja anda tempah tiket penerbangan, dalam masa 24 jam, rajin-rajin periksa kalau ada harga tiket penerbangan yang lebih murah tetiba muncul selepas itu.

Jika anda tempah melalui Skyscanner, anda boleh daftar untuk flight price alert.

Jika terma dan syarat dalam tiket penerbangan menyatakan anda boleh buat bayaran balik sepenuhnya dalam masa 24 jam tanpa sebarang bayaran pembatalan, anda boleh batal tiket penerbangan anda dan tempah tiket yang lebih murah.

Tapi ingat, dalam tempoh 24 jam sahaja tau.

9. TEKNIK LAYOVER

Cara yang agak berisiko sedikit. Disarankan untuk yang berani dan hati kering sahaja.

Selalunya kita akan gunakan destinasi kita sebagai destinasi terakhir untuk kapal terbang mendarat, bukan?

Berbeza dengan cara ini, kita menggunakan destinasi kita sebagai destinasi transit.

Tiba saja di destinasi transit, kita terus menuju ke balai ketibaan dan bukan menuju ke bahagian penumpang transit.

Dua perkara perlu diingat, sebelum mengunakan ini, jangan daftar masuk bagasi dan hanya untuk penerbangan sehala saja.

10. JANGAN TEMPAH TEMPAT DUDUK

tips tambang murah penerbangan - tempat duduk

Untuk tips terakhir ini, jangan tempah tempat duduk ketika dalam penerbangan, Biar sahaja syarikat penerbangan letakkan anda nanti. Kebanyakan syarikat penerbangan akan mengenakan cas tambahan untuk pilihan tempat duduk.

Sumber : alisaomar.com

Baca juga : 4 Tips Melancong Ke Cameron Highlands

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here