Demi Oye,Sanggup Redah Banjir Untuk Beri Makan

0
79
views

Kangar: Seorang lelaki warga emas, Abdullah Rahman, 65, sanggup meredah air banjir sedalam kira-kira 0.5 meter sejak tiga hari lalu demi memberi makanan kepada kucing kesayangannya, Oye.

Mangsa banjir kilat di Tebing Tinggi, Kangar ini mengakui, dia berbuat demikian bagi memastikan kucing jantan berusia tiga tahun itu sentiasa sihat dan cukup makan.

“Saya bersama isteri serta tiga orang anak berpindah ke Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong sejak hari pertama banjir.

“Bukan tidak mahu membawa Oye bersama tetapi khuatir hilang. Lagipun ‘saudaranya’, Oya sudah lama mati dilanggar kereta, jadi kami tidak mahu kehilangan kucing lagi,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Katanya, dia akan berulang alik tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk memberi makan kepada kucing peliharaannya.

Ditanya mengenai banjir yang melanda kawasannya, pesara tentera itu berkata, walaupun sudah berulang kali mengalami banjir kilat, kali ini yang paling teruk.

“Minggu lalu banjir juga tetapi paras buku lali sahaja. Kali ini sehingga paras pinggang,” katanya. – HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here