Generasi Muda Perlu Bersedia Hadapi Dunia Pekerjaan

0
123
views
generasi muda
Orang ramai mengunjungi MMU Career Fair 2018 yang menyasarkan lebih 4,000 pengunjung sepanjang dua hari ia berlangsung di Cyberjaya.

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Generasi muda adalah cabaran sebenar dunia pekerjaan hari ini terutama dengan perkembangan teknologi baharu.

Presiden Multimedia University (MMU) Profesor Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq berkata, kesediaan generasi muda untuk memberi sumbangan kepada syarikat atau bakal majikan adalah perkara yang perlu diberi keutamaan.

“Antara perkara yang perlu dititik berat adalah nilai tambah yang mampu disumbangkan generasi muda sebaik sahaja mereka melangkah ke alam pekerjaan.

“Bukan sahaja kemahiran atau penguasaaan terhadap teknologi malah tingkah laku dan karakter seseorang juga memainkan peranan penting dalam sektor pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MMU Career Fair 2018 di Cyberjaya hari ini.

generasi muda

Presiden Multimedia University ( MMU ), Profesor Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq (tengah) ketika membuat lawatan di tapak pameran sempena MMU Career Fair 2018 hari ini.

Beliau berkata, memberi pendedahan terhadap teknologi bukanlah isu kerana generasi hari ini sememangnya dilahirkan dan membesar dengan teknologi.

“Apa yang perlu ditekankan adalah mendidik mereka dengan asas yang betul supaya kemahiran yang mereka miliki dapat disalurkan ke tempat sepatutnya.

“Memandangkan sektor pekerjaan membangun dan berubah dengan cepat, pihak kami akan sebaik mungkin mengasah pelajar dengan asas yang diperlukan.

“Sekurang-kurangnya, meskipun tidak menguasai sepenuhnya sesuatu perisian yang digunakan ketika bekerja kelak, namun dengan asas yang dibekalkan hari ini boleh membantu mereka belajar dengan cepat dan mudah,” katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here