Tular Harga Minyak Masak Naik, KPDNKK Menafikan

0
86
views
minyak masak

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan dakwaan harga minyak masak akan naik seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Rabu menyatakan kekesalan terhadap tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar China Press bertarikh 19 Oktober 2016 tentang kenaikan harga minyak masak.

“Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna,” kata kementerian itu.

Justeru, semua pihak disarankan supaya merujuk kepada KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan. – Mstar

Baca juga : GST Bakal Dihapuskan Antara Intipati Belanjawan Pakatan 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here