Harga Runcit Petroleum 26 Oktober 2017

0
140
views
harga minyak 26 oktober 2017
harga runcit petrol
Harga Runcit Petrol 26 Oktober – 1 November

PETALING JAYA: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel masing-masing naik sebanyak tiga dan dua sen bermula tengah malam Rabu.

Bagi tempoh 26 Oktober hingga 1 November depan, harga runcit petrol RON95 naik daripada RM2.17 ke RM2.20 seliter, manakala RON97 daripada RM2.47 ke RM2.50 seliter.

Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.11 ke RM2.13.

Harga runcit mingguan bagi produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Twitter rasminya, petang Rabu.

Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuat kuasa 29 Mac tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak. – mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here