Hebahan Khidmat Masyarakat SADA

0
82
views

Loji Rawatan Air Bukit Pinang yang selama ini berfungsi membekalkan air bersih terawat kepada penduduk Alor Setar terpaksa diperlahankan operasinya kesan peningkatan paras air yang boleh merosakkan fungsi salah satu pam di loji.

Di antara kawasan yang terlibat ialah:
1. Jalan Hutan Kampung
2. Jalan Langgar
3. Taman PKNK
4. Pusat Bandar Alor Setar
5. Jalan Limbong Kapal
6. Jalan Pegawai.
7. Jalan Datuk Kumbar/ Kg. Sakan
8. Jalan Sultanah.

Penutupan salah satu fungsi pam ini juga akan mengakibatkan tekanan air menjadi perlahan meskipun ada baki 3 lagi pam yang menjalankan kerja operasi.

Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta untuk membuat tadahan air dirumah masing masing dengan segera.
Sepanjang ganguan bekalan ini pihak SADA sudah bersiap sedia dengan bekalan air dari lori tangki di stor SADA Jalan Putra untuk dihantar ke kawasan memerlukan.

Sila maklum segera pada talian hotline bebas tol 1300880017 bagi tempat yang memerlukan khidmat penghantaran lori terlibat.
Sekian dimaklumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here