Hidangan Enak Memikat Selera Nasi Goreng Kampung, Mudah dan Menyelerakan!

1
264
views

Menu nasi goreng kampung memang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Sedap dan ringkas untuk disediakan.

Nasi goreng kampung juga enak di hidang bersama sambal belacan bagi menambahkan lagi kick. Kalau mahukan nasi goreng kampung ini lebih pedas boleh tambahkan juga cili padi.

Kami di MediaKedah ingin berkongsi resepi mudah nasi goreng kampung. Golongan bujang pun boleh cuba-cuba resepi ini. Mana tahu bakal mak mertua berkenan nanti.

Terima kasih kepada Che’ Nom kerana berkongsi menu yang menyelerakan ini.

nasi goreng kampung
Foto : iresipi.com

Masa:  Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:
  • 3 cawan nasi
  • 6 ekor udang, dibuang kulit
  • 2 ekor sotong, dipotong bulat
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 ikat sayur kangkung
  • 1 mangkuk kecil karot, didadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur
  • 2 ketul fish cake, putong dadu
  • ikan bilis goreng
  • serbuk lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi
 Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
  2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
  3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
  4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
  5. Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.

Sumber : iresipi

Baca juga : Resepi ayam goreng kunyit

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here