Honda Civic Type-R 2017 Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini, Harga Sekitar RM250,000?

1
181
views

BERITA baik! Honda Malaysia dikhabarkan bakal membawa masuk Honda Civic Type-R 2017 ke pasaran tempatan pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, ia mungkin akan dibawa masuk dalam unit terhad memandangkan harga jualan yang agak tinggi.

Berdasarkan beberapa sumber yang diterima, Honda Civic Type-R 2017 dijangka bakal diperkenalkan selepas pelancaran Honda CR-V tidak lama lagi. Manakala anggaran harga jualan bagi Honda Civic Type-R ialah sekitar RM250,000 hingga RM300,000.

ENJIN 2.0L I-VTEC TURBO

Honda Civic Type-R 2017 yang membuat debut di Pameran Motor Geneva (GIMS) 2017 baru-baru ini membuatkan ramai peminat dan fanatik kereta berprestasi itu, terutama di Malaysia rasa tidak senang duduk.

Perasaan mahu duduk di atas kerusi sport sambil mendengar deruman ekzos Type-R begitu membuak-buak.

Lihat saja kuasa disebalik enjin yang terbenam pada hud hadapan. Honda Civic Type-R 2017 dipadankan dengan enjin 4-silinder 2.0L i-VTEC pengecaj turbo, pacuan roda depan (FWD).

Hasil padanan kotak gear manual 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 318hp dan tork puncak 400Nm.

Untuk pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, Honda Civic Type-R 2017 didatangkan dengan tiga mod pacuan iaitu Comfort, Sport dan Track.

Jika melihat pada anggaran harga di Malaysia, ia agak sukar untuk dijual. Beli memang akan ada, tetapi mungkin dalam kuantiti yang sedikit.

Jadi tidak hairanlah Honda Malaysia berkemungkinan hanya akan membawa unit terhad. Bagi peminat yang ternanti-nanti Honda Civic Type-R 2017, anda masih sempat lagi menabung untuk merealisasikan impian.

Atau mungkin sudah sampai masa berbisik di telinga isteri supaya menghadiahkan anda Honda Civic Type-R 2017 sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mahupun hari jadi.- Pandulaju.com

 

Tonton review Hondo Civic Type R


1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here