Jangan rujuk ‘pakar FB’ bagi masalah peribadi, rumahtangga

0
194
views
pakar fb
Orang ramai perlu mengambil sikap ambil peduli dengan setiap luahan yang dipaparkan di laman sosial mereka kerana ianya dapat menyelamatkan hubungan kekeluargaan dan menggelakkan kes penceraian.

HULU TERENGGANU: Merujuk kepada ‘pakar’ laman sosial sebagai alternatif penyelesaian masalah peribadi termasuk perihal rumah tangga hanya meninggalkan implikasi negatif.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tindakan menggunakan medium seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.

Menurut Jailani, trend meluahkan permasalahan di laman sosial seperti Facebook juga mengundang padah dan boleh membawa kepada penceraian.
“Kita banyak medium, jadi cari lah orang yang sesuai ataupun orang yang berautoriti untuk kita membicarakan masalah peribadi kita. Kalau kita ada masalah keluarga, jangan kita gunakan laman sosial yang kita tahu akan mencercakan kita.

“Kita mesti periksa setiap masa, siapa yang berautoriti untuk memberi pandangan dan nasihat bagi masalah kita,” katanya selepas pelancaran projek baik pulih rumah dan penyampaian bantuan insan terpilih Parlimen Hulu Terengganu hari ini.

Jailani berkata pada zaman yang moden ini, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan sensitif setiap kali memuat naik status di laman sosial.

Katanya, mereka perlu mengambil sikap ambil peduli dengan setiap luahan yang dipaparkan di laman sosial mereka kerana ianya dapat menyelamatkan hubungan kekeluargaan dan menggelakkan kes penceraian.

Sebelum ini, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata penggunaan media sosial dengan cara yang negatif boleh menjurus kepada faktor penceraian.

Astroawani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here