Jangan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial

0
264
views
media sosial

KUALA LUMPUR: Jangan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial.

Ini saranan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari kepada pengguna di Malaysia bagi mengelakkan penyebaran maklumat peribadi menerusi internet.

“Kita sebagai pengguna kena ambil peduli. Jangan terlebih kongsi di media sosial.

“Kita juga lihat peratus penggunaan internet juga meningkat daripada tahun 80 peratus pada tahun 2016 kepada 89.3 peratus pada tahun ini,” kata Jailani.

Beliau menjawab soalan dari Teo Nie Ching (DAP-Kulai) tentang tindakan yang boleh diambil terhadap penyebaran maklumat peribadi sensitif orang lain oleh individu-individu tidak bertanggungjawab menerusi internet. – astroawani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here