Jom Masak, Resepi Nasi Goreng Belacan Lazat Tak Terperi

0
345
views
resepi

Resepi nasi goreng belacan paling sedap –  Resipi nasi goreng ini boleh dijamah semasa anda bekerja di pejabat, atau boleh juga untuk anak-anak semasa bersekolah.

Rasa yang lazat, dan campuran bahan-bahan yang sangat istimewa akan menambah ciri resipi nasi goreng belacan. Terima kasih kepada Jamayah Bujang : FB PJB Bakery House kerana berkongsi resepi yang enak ini.

nasi goreng belacan
Nasi Goreng Belacan – FB PJB Bakery House

Untuk proses dan bahan yang boleh dibaca terus di bawah panduan kami, sila ikuti dengan teliti!

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
  • 2 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam) 
  • belacan sebesar ibu jari 
  • 3 ulas bawang putih – diketuk 
  • sedikit serbuk pati ayam
  • 1 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa 

Untuk daging goreng:

  • 300gm daging – dipotong kecil2
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 3 biji telur- dijadikan telur dadar

Untuk Hiasan

  • Timun potong nipis
  • Mangga garut panjang
  • Kacang Panjang potong
  • Bawang Merah potong nipis
  • Cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
Cara Penyediaan :

Daging Goreng:

  1. Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sudu besar)
  2. Masukkan daging.
  3. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam.
  4. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali)
  5. Goreng hingga kering.

Telur Dadar:

  1. Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk.
  2. Panaskan frying pan
  3. Masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan).
  4. Angkat dan gulung.
  5. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur.
  6. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.

Nasi Goreng:

  1. Kisar cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
  2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sudu besar) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk.
  3. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar
  5. Goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan telur dan kacau rata.
  7. Masukkan serbuk pati ayam, nasi dan goreng sehingga masak.
  8. Hidangkan panas-panas bersama daging goreng, telur dadar yang telah dipotong nipis dan semua bahan hiyasan tadi.

Bagi yg suka makan pedas-pedas, bolehlah tambah cili api.

sumber : FB PJB Bakery House

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here