Kelainan bubur asyura bersama keju, cubalah!

1
126
views

MENU bubur asyura ditabur keju antara tarikan Program Asyura Perdana Peringkat Daerah Bandar Baharu, Kulim, hari ini.

Ia hasil inovasi Persatuan Penduduk Taman Kelisa Emas bagi mencipta kelainan bubur berkenaan.

Wakil persatuan itu, Ismail Ahmad, 56, berkata idea menghasilkan bubur asyura keju itu hasil perbincangan dengan orang lama dan belia.

“Bubur asyura ini dimasak menggunakan resepi turun temurun dikelolakan Azizah Rejab, 69, yang mempunyai pengalaman dalam memasak bubur asyura.

“Kami bergotong-royong membantu menyediakan bahan, termasuk gula kabong, santan, kacang hijau dan keju,” katanya di majlis yang diadakan di Tasik Pentadbiran di Serdang, Kulim.

Majlis dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor dan hadir sama, Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohd Fauzi Mustafa.

Sementara itu, Norsabrina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi,Teknologi Tinggi dan Sumber Manusia negeri berkata, program kali ketiga itu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 60 kawah bubur asyura dimasak.

Ia membabitkan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) daerah Bandar Baharu.

“Saya tidak sangka bubur asyura boleh ditabur keju bagi menyedapkan rasanya dan ia inovasi baru. Malah, bubur asyura dihasilkan pada program kali ini ada pelbagai rasa,” katanya. -Hmetro

 

Baca juga : Teh ais gajah kini popular di Pokok Sena

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here