Kenali Kapten Pasukan Piala Belia Kedah

1
492
views
Pasukan Belia Kedah

MOHD ASNAWI SONKURNAIN antara pemain yang menonjol dalam aksi semalam. Memakai lilitan dilengan bukanlah tugas mudah namun anak muda berusia 19 tahun ini menunjukkan kepimpinan melalui teladan sebagai kapten pasukan Piala Belia Kedah.

Beraksi dibahagian pertahanan bertungkus lumus mematahkan serangan bertubi-tubi SSMP B17, sesekali naik ke atas membantu bahagian serangan mencari gol tunggal Kedah semalam. Usaha beliau tidak sia-sia apabila menanduk masuk di minit ke-55 mendahului pasukan pelawat.

Asnawi antara penjaring gol setiap perlawanan sejak aksi separuh akhir dan perlawanan akhir pertama lalu, beliau turut membuat hantaran menghasilkan gol.

Piala Belia Kedah

Dengan aksi cemerlang yang ditunjukkan semalam, tidak mustahil untuk beliau antara nama yang akan dipanggil ke skuad utama.

Kejayaan merangkul kejuaraan Piala Belia ini pasti cukup terkesan buat beliau apabila ayahnya pulang ke rahmatullah selepas beraksi di peringkat suku akhir pertama. Beliau pernah mengungkapkan impian ayahnya mahu melihat beliau beraksi dipentas akhir sekali lagi selepas Asnawi berjaya ke pentas akhir Piala YAB Menteri Besar Kedah bawah 17 tahun sebagai ketua pasukan bersama pasukan Lang Merah.

Asnawi antara pemain yang dikesan bakatnya lebih awal apabila turut dihantar pengurusan Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – ke akademi Perth Glory FC menimba ilmu selama sebulan pada musim 2015 sejurus menjuarai Piala YAB Menteri Besar Kedah 2015. Pihak pengurusan percaya dengan pelan pembangunan dari awal umur cukup penting dengan memberi pendedahan awal buat anak muda Kedah.  Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

 

Baca juga :  Bagaimana Muhd Akhyar Rashid Menjadi Jelmaan No 7 Moden ?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here