Kerajaan akan bantu petani terlibat banjir di Kedah

0
85
views

ALOR SETAR – Sebanyak 700 hektar kawasan pertanian di negeri Kedah yang terjejas akibat banjir telah dikenal pasti dan jumlah kerugian masih dalam penilaian.

Perkara ini telah disahkan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Tani dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Menurut beliau, dijangka bantuan yang akan disalurkan kepada petani tidak terlalu tinggi kerana kebanyakan hasil tanaman sudah dituai sewaktu banjir berlaku.

“Kita ada kaedah dan formula tertentu untuk mengira jumlah kerugian oleh petani dan akan menyalurkan bantuan kepada mereka.

“Walau bagaimanapun, segala jumlah kerugian akan diketahui nanti kerana banjir berlaku sewaktu kebanyakan petani telah menuai hasil tanaman. Oleh itu kita berharap jumlah tersebut tidak begitu tinggi,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Persidangan Padi Kebangsaan 2017, di sini semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here