Kerosakan Loji Sungai Ketil 50 000 Dijangka Terjejas

0
118
views

LEBIH 50,000 pengguna bekalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di sekitar Gua Musang terjejas selama tiga hari bermula semalam hingga esok susulan kerosakan alat penyambungan (transformer) saluran utama air di Loji Sungai Ketil, Gua Musang.

Alat berkenaan rosak akibat terbakar 5 pagi, kelmarin.

Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata, kerosakan alat penyambungan itu menjejaskan 10,500 akaun pengguna AKSB di sekitar bandar Gua Musang dan kawasan berdekatan.

Katanya, lebih 7,500 akaun pengguna lagi menggunakan bekalan air dari telaga jejari di kawasan itu dan mereka tidak mengalami masalah bekalan air.

“Kita mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kini sedang membaiki kerosakan itu.

“TNB memaklumkan alat berkenaan dapat dibaiki dalam tempoh 24 jam yang berkemungkinan siap esok dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah air.

“Bagi pihak AKSB, kita menghantar bekalan dengan menggunakan lori air yang diletakkan di lokasi utama di kampung yang terjejas,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, penduduk yang menghadapi masalah air boleh mengambil bekalan di lori AKSB untuk kegunaan keluarga.

Beliau berkata, bekalan air itu akan pulih dalam masa terdekat dan AKSB bersama TNB akan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.-HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here