Khabar Gembira, Empat Tol Dimansuhkan Berkuatkuasa Januari 2018

0
652
views
plaza tol

KUALA LUMPUR – Penduduk Selangor, Kedah dan Johor mampu tersenyum lebar apabila kerajaan bersetuju memansuhkan operasi empat buah tol di negeri berkenaan bermula 1 Januari 2018.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi tol yang bakal dimansuhkan di negeri Selangor melibatkan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau.

“Kerajaan juga bersetuju untuk memansuhkan operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Plaza Tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor,” kata beliau ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Sebelum ini, pengguna Plaza Tol Batu Tiga perlu membayar RM1.10 bagi setiap perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dan sebaliknya manakala bayaran di Plaza Tol Sungai Rasau bernilai RM1 bagi perjalanan ke Klang dari Shah Alam dan sebaliknya.

Bagi pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, mereka juga tidak terkecuali menerima khabar gembira tersebut. – Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here