Kisah Paranormal, Rishi Si Pengawal Keselamatan (Bahagian II)

0
254
views
kisah paranormal

Sambungan dari siri pertama Kisah Rishi Si Pengawal Keselamatan

Baca Siri Pertama Disini

Lebih kurang tengahari macam tu, apek called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend.

Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap

“OK BOSS!!”

Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampai la pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7.

Suatu weekend, apek tua called minta dia datang pagi sebab ada orang nak mesin rumput. Rishi datang pagi tu buka gate, ada Bangla dua orang dah tunggu dengan mesin rumput.

Masa ni Rishi dah tak pinjam motor member, dia sewa kereta je setiap minggu. So lepas buka gate Rishi cakap dalam pukul 3 petang dia datang balik, kalau dah settle, boleh pulang terus tak payah tunggu.

Pukul 3 petang, Rishi sampai tengok rumput-rumput kering bertebar kat laman tak berkaut dan mesin rumput dua biji kat parking bay rumah. Bangla-bangla nya hilang. Disebabkan tiada contact number, terpaksalah Rishi menunggu. Lebih kurang dekat pukul 4, baru nampak batang hidung.

Rishi marah lah sebab kena tunggu lama, dia tanya apasal tak settle lagi.

And then, Bangla-bangla tu tanya..

Tuan rumah ni sakit ke?

Rishi cakap lah, sakit apanya? mana ada orang dalam rumah ni.

Then Bangla tu cerita diaorang terdengar orang menangis dalam rumah. Mula-mula menangis biasa je, tak lama lepas tu dah start meraung. Rasa serba salah pulak Bangla dua orang ni sebab macam ganggu privasi tuan rumah. Sebab lama sangat meraungnya, Bangla ni suspek ada something wrong, mana tau cry for help ke apa kan, so dua orang ni pergi la ketuk pintu. Bila ketuk pintu, lagi kuat meraungnya.

Bangla-bangla terasa menganggu agaknya dengan bunyi mesin rumput dan decided untuk break kejap dengan niat mungkin orang tu akan cool down kejap lagi.

Tapi bila suara yang menangis tadi tiba-tiba tergelak, dua Bangla ni ambil keputusan lebih baik blah dulu dan tunggu sampai pukul 3 time Rishi datang semula. Rishi cerita yang Bangla tu cakap masa menangis suara perempuan, tapi masa tergelak tu kejap suara lelaki, kejap suara perempuan. Bukan macam ada dua orang tergelak tapi suara yang sama bertukar-tukar jantina.

Rishi pergi ketuk pintu tanya siapa ada kat dalam dan seperti dijangka tiada jawapan. Lepas marah-marah dan berlagak boss lebih kurang, Bangla-bangla tu kasi settle kerja diaorang dan balik.

Pagi tu Rishi singgah rumah macam biasa untuk tutup suis fuse box. Sebelum nak blah tu, dia rasa curious dengan cerita Bangla tadi, so dia cari batu dan baling ke atas bumbung beberapa kali. Lepas dah macam confirmed tiada apa-apa, dia masuk dalam kereta nak balik. Baru nak tutup pintu, pintu dalam rumah dihempas kuat.

Rishi keliling rumah buat checking. Check fuse box, ok dah tutup. Check pintu depan, berkunci, check pintu belakang pulak, ok  berkunci. Kemudiannya dia tinjau kat tingkap dapur. Sambil tinjau, Rishi suluh ke dalam dengan lampu suluh. Di sinki ada beberapa pinggan dan cawan plastik.

Di panjang lagi suluhan dari dapur terus ke ruang tamu.

Menurut Rishi, dia nampak ada lembaga hitam berbentuk manusia sedang bercangkung. Sekali lihat pada mulanya Rishi ingatkan perabot. Tiba-tiba “perabot” tu mula berayun (rocking).

Masa tu Rishi yakin ada orang dalam rumah sebab bagi dia, kalau rupanya macam orang, bentuk badannya macam orang..so oranglah! Lagipun benda alah tu ada kaki dan hantu mana ada kaki!

Rishi ketuk-ketuk tingkap pakai cota. Makhluk tu tak menjawab dan terus buai-buai badannya. Tanpa buang masa Rishi capai handphone dan call apek tua.

Mula-mula tak di angkat, Rishi call lagi, masih tak angkat. Kemudian Rishi di call oleh apek tua dan seperti biasa marah-marah ingat Rishi terlupa lagi. Tak endahkan bebelan apek tu, Rishi bagitahu kat dalam rumah ada orang dan dia sedang melihatnya sekarang.

Rishi masih ingat apek tu hanya mengeluh “haiyaa…” dan tak bersuara lama sampai Rishi cakap hello beberapa kali.

“Rishi, you switched off the board already ya?”

“Yes boss”

“You go home then”

Ketenangan suara apek tu buat Rishi lagi nak tau pasal benda dalam rumah. Dia cuba bakar sikit…

“Boss..I call the police okey?”

Apa melompat apek tu dan warning Rishi supaya tak mengada-ngada nak call polis bagai.

Rishi “paksa” apek tu cerita juga apa kes rumah ni sebenarnya. Dia justified dengan argument yang ikut agreement Rishi guarding rumah takde orang.

Sampai la apek tua tu give up dan cuma bagitahu, itu “security guard” untuk dalam rumah.

Walaupun masih tak puas hati dengan jawapan yang diterima, Rishi dah malas nak panjangkan isu ni. Lagipun dia nak balik tido.

Di suluh lagi ke makhluk tadi sebaik hang up handphone dan hanya lantai simen yang kelihatan. Rishi cuba suluh seluruh ruang dalam rumah mencari makhluk mencangkung tadi.

Bunyi tapak kaki berlari di lantai kedengaran di bahagian bilik. Rishi dekatkan telinganya ke tingkap dan dia dapat dengar dengan jelas bunyi pintu di buka, bunyi orang berjalan dan bunyi seakan seseorang menghempaskan badan ke tilam spring.

Kemudian ada ketukan di tingkap dapur dan Rishi dengan pantas menuju ke sana, only to be greet dengan wajah yang sama di bahagian transparent tingkap dapur tersebut.

Anak mata makhluk tu terpaku ke arah Rishi dan mengekor aja pergerakannya.

Rishi ni boleh pulak cabar-cabar benda alah tu. Dia panggil-panggil pakai wei, hoi, wei…dan ajak keluar pakai tangan macam nak bergadoh.

Tiba-tiba makhluk tu tekap mulutnya ke tingkap sambil menganga. Rishi cakap lembaga tu takde gigi, gusi aja melekap sambil lidahnya menjilat-jilat cermin.

Buat pertama kali, Rishi merasa takut. Takutnya itu sampai kakinya terkunci dan terjatuh ke belakang. Rishi cakap yang paling seram bila tombol pintu dapur berputar-putar macam orang cuba buka dari dalam.

Masa ni Rishi dah terjerit-jerit minta tolong, tak kisah la takde orang dengar pun, sebab dah takut teramat sangat. Dipaksa kakinya bergerak sampai tergali tanah kerana dikuis kakinya.

Bila dah boleh bergerak, Rishi berlari ke kereta dan cepat-cepat meninggalkan rumah. Pintu gate tak dikunci dan Rishi tak peduli dah.

Semenjak dari hari itu, Rishi dah tak berani nak dekat dengan rumah berhala itu dan cuma lepak kat post guard. Setiap kali time kena tutup suis, dia layan wiski murah yang beli kat KK mart tu sampai mabok then baru pergi tutup suis.

Next time aku cerita macam mana si Rishi ni kena fired gara-gara rumah hantu itu.

(Bersambung)

*Siri Paranormal ini diambil dari forum cari. Kredit kepada dammerung, penulis asal kisah ini kerana berkongsi.

Sumber : forum cari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here