Saturday, September 22, 2018
Home Media Masakan Krim Eropah Pelengkap Pastri

Krim Eropah Pelengkap Pastri

0
157
views
pastri
Cef Oger menunjukkan seleksi pastri yang mengandungi krim Eropah sebagai pelengkap rasa.

KRIM yang kaya bertekstur dan gebu merupakan bahan utama yang melengkapkan resipi hebat untuk dijadikan pastri.

Berbicara tentang pastri, krim terbaik dari Eropah yang mewah dengan rasa asli menjadi ukuran kualiti yang digemari pengusaha bakeri serata dunia.

pastri
ANTARA sajian pencuci mulut yang menggunakan bahan krim Eropah.

Yakin dengan kualiti krim terbaik yang ditawarkan, Organisasi Cawangan Tenusu Perancis (CNIEL) dengan kerjasama Kesatuan Eropah telah memperkenalkan dan menunjukkan demonstrasi pelbagai jenis pastri versatil menggunakan bahan krim Eropah.

Demonstrasi tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan pemilik bersama Institut Pastri St. Honore Kuala Lumpur, Cef Frederic Oger.

“Kami tidak perlu memberi penerangan lanjut kerana pengunjung boleh merasai sendiri kelazatan dan perbezaan pastri yang menggunakan bahan krim Eropah,” jelasnya dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada hari tersebut, cef pastri telah menyediakan aneka sajian manisan, kek serta pastri dan pastinya kesemua pilihan pencuci mulut itu berjaya menambat hati pengunjung. Malah, di kebanyakan negara di dunia, menu tersebut turut disajikan sarapan.

Pada majlis yang disertai oleh pengamal media itu, cef pastri berkenaan telah menyajikan pelbagai pilihan pastri untuk sarapan seperti brioche, tart tropezienne, kroisan, pain au chocolat, salmon quiche, pai krim ayam dan cendawan vol au vent dengan hiasan atas diperbuat daripada krim Eropah.

Sementara itu, Cef Oger turut membuat demonstrasi empat jenis pastri iaitu Berry Madelaine Basket, Cream Catalane Passionement, Speculoos Chocolate Tart dan Frozen Parfait.

“Orang sering beranggapan krim dalam pastri mengandungi banyak lemak.

pastri
Cef Oger menunjukkan cara yang betul untuk meletakkan hiasan atas krim Eropah kepada salah seorang peserta.

“Hakikatnya, kandungan lemak dalam krim Eropah lebih sedikit jika dibandingkan dengan mentega kerana ia mempunyai kandungan susu yang konsisten,” terang Cef Oger.

Terdapat beberapa jenis krim yang dibezakan oleh rawatan pemuliharaan, kandungan lemak dan konsistensi. Antara jenis yang digunakan dalam masakan ialah krim segar dipasteur sekali atau dua kali, krim cecair disteril, krim rendah lemak, krim suhu ultra tinggi (UHT), krim putar, krim Chantilly dan krim masam.

Sumber : Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here