Laluan sejarah Hang Tuah dan Tun Teja diteroka semula

0
193
views
Hang Tuah
Tak kan melayu hilang di dunia

PEKAN – Kerajaan negeri Melaka dan Pahang memperhebatkan kerjasama dalam usaha menjejaki laluan yang pernah digunakan Hang Tuah ketika mengetuai misi membawa pulang Tun Teja dari Pahang ke Melaka pada zaman kegemilangan tamadun Melayu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, usaha itu dilakukan menerusi program Ekspedisi Menelusuri Laluan Penarikan Bersejarah Dalam Tamadun Awal Melayu.

Menurutnya, lebih banyak lokasi bersejarah berkaitan laluan yang digunakan Hang Tuah ketika me­nyunting Tun Teja bagi Sultan Melaka akan ditemui menerusi ekspedisi itu yang dianjurkan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep).

“Ekspedisi yang disertai 45 sukarelawan Iksep itu akan singgah di beberapa tempat untuk mengutip sumber sejarah lisan berkaitan lokasi persinggahan Hang Tuah di sepanjang laluan sebelum menamatkan program itu di Sungai Duyung, Melaka pada Jumaat ini.

“Hang Tuah dipercayai merentasi empat buah negeri sejauh 450 kilometer iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta menggunakan laluan di Sungai Serting, Sungai Bera, Sungai Jempol dan Sungai Muar,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran ekspedisi itu di Dataran Hotel Ancasa Royale di sini semalam. – Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here