Luahan Isi Hati Ifwat Akmal

1
170
views

IFWAT Akmal Che Kassim bukan lagi nama asing dalam sukan bola sepak tempatan. Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah ini semakin menjadi perhatian apabila mempamerkan aksi cemerlang setiap kali menjaga gawangnya.

Anak keempat daripada lima orang adik beradik berusia 21 tahun ini mengakui kejayaan yang dicapai hari ini adalah hasil kerja keras dan sokongan keluarga. Pemain Bawah 22 Tahun kebangsaan ini juga meruapakan salah seorang pemain penting dalam merencanakan perjalanan Kedah bagi saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

“Saya sangat bersyukur apa yang dikecapi hari ini.

Lebih-lebih lagi prestasi saya turut mendapat perhatian ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada.
“Panggilan untuk menjalani latihan bersama skuad senior kebangsaan merupakan satu peluang yang besar dalam karier saya.

“Inilah peluang saya untuk menambah pengalaman dan menunjukkan yang terbaik,” ujarnya.

Mengimbas kembali perjalanannya bergelar pemain bola sepak, Ifwat mendedahkan sejak kecil lagi dia meminati sukan ini.

“Saya bermula sejak darjah dua. Dan terus aktif sehingga remaja. “Selepas itu saya mewakili piala presiden Kedah sebelum dipanggil menyertai skuad utama. “Sudah tentu kejayaan ini adalah sokongan daripada keluarga yang sentiasa ada di sini saya.

“Selain itu sokongan rakan-rakan sepasukan serta teman wanita juga menambahkan lagi untuk saya melakukan yang terbaik,” jelasnya. Dalam pada itu, Ifwat memberitahu semenjak begelar pemain bola sepak profesional, rezekinya makin bertambah.

“Syukur Alhamdullilah kerana dengan rezeki yang datang ini saya dapat membantu keluarga saya terutamanya ibu. Terasa tenang apabila melihat ibu saya gembira,” ujar Ifwat yang kehilangan ayahnya sejak tujuh tahun lalu.

Ifwat bakal menyertai rakan-rakannya yang lain pada sesi latihan pusat skuad kebangsaan bermula Sabtu ini sebelum terbang ke Korea Utara (5 Oktober) dan Hong Kong pada 10 Oktober 2017 bagi saingan Kumpulan B.- mStarOnline

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here