Nanas Berwarna Pink Hasil Kajian 10 Tahun Saintis

0
191
views

Nanas berwarna merah jambu? Kedengaran mustahil sungguh, tiada warna nanas selain warna kuning bukan?

Nanti dulu, sebenarnya nanas berwarna merah jambu memang benar-benar wujud!

Gambar ini bukan diedit menggunakan aplikasi Photoshop ya, sebaliknya buah nanas merah jambu tersebut terhasil dari penelitian dan kajian yang dilakukan lebih dari satu dekad lamanya.

nanas berwarna
Foto: IG Melisindo

Del Monte Fresh Produce, salah sebuah syarikat pembekal buah-buahan terbesar dunia telah mendapat kelulusan dari Food and Drugs Administration (FDA) untuk menjualnya di Amerika Syarikat.

Sekaligus menjadikan buah unik ini menjadi sensasi di media sosial kerana orang ramai sudah mula gila mahu mencuba sendiri rasanya.

Menurut sumber Odditycentral.com, saintis Del Monte telah berjaya mengubah genetik nanas merah jambu ini untuk menghasilkan enzim yang lebih rendah.

nanas berwarna
Foto: Foodnetwork.co.uk

Dalam masa yang sama, pengkaji berjaya mengubah pigmen lycopene merah jambu dari beta-carotene kuning yang terkandung dalam nanas biasa.

Mungkin ada sesetengah yang menganggap ianya agak pelik, tapi percayalah nanas merah jambu ini memang menawan dan memikat hati bila dipandang!

nanas berwarna
Foto: www.odditycentral.com

Bukan itu sahaja, nanas warna ini dikatakan lebih manis berbanding nanas yang biasa.

nanas berwarna
Foto: www.odditycentral.com

Wah, memang menarik untuk dicuba. Bila agaknya nanas merah jambu ini akan sampai di Malaysia. Sama-sama kita tunggu. – ForumĀ Cari

Baca Juga : Perturun Ilmu Seni Ukiran Melayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here