Onigiri Jepun, Snek Baharu Dari AirAsia

0
137
views
airasia-berhad-malaysia
airasia-berhad-malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, AirAsia, menambah snek baharu, Onigiri atau nasi kepal Jepun, di dalam menu penerbangannya.

onigiri
Photo: Onegreen Planet

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata snek tersebut boleh ditempah di dalam penerbangan dengan hanya RM10 dalam penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan penerbangan AirAsia X Malaysia (kod penerbangan D7) ke semua destinasinya.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata makanan Jepun dikenali di seluruh dunia kerana kesederhanaannya dan AirAsia memperkenalkan snek Onigiri yang ringkas tetapi berkhasiat untuk semua.

“Apatah lagi, ia adalah satu makanan yang versatil yang boleh disesuaikan dengan cita rasa tempatan dan berusaha ke arah cita rasa inspirasi Asean untuk mewujudkan satu pengalaman yang unik untuk penumpang kami yang mahukan makanan yang sihat serta lazat,” katanya.

Onigiri dibuat daripada nasi Jepun istimewa dengan pelbagai pilihan jenis inti seperti salmon panggang, salmon teriyaki, tuna mayo, salmon salai atau sayur-sayuran, dibalut dengan rumpai kering, disaji dengan sup miso sebagai satu kombo. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here