Paip Utama Pecah Berhampiran Kolej Tentera Udara

0
152
views

Laman Facebook milik SADA sebentar tadi mengeluarkan makluman bahawa terdapat kejadian paip pecah berhampiran Kolej Tentera Udara di Kepala Batas. Punca terjadinya perkara itu dipercayai disebabkan oleh pelanggaran oleh sebuah lori.

Dalam notis tersebut juga dinyatakan akan berlakunya gangguan bekalan air meliputi sebahagian besar kawasan Kuala Kedah dan Yan. Penduduk di kawasan berkenaan dinasihati bersiap sedia jika berlaku sebarang kemungkinan. Pihak SADA menyatakan mereka telah menjalankan kerja-kerja pembaikan walaupun terpaksa menanggung kos akibat daripada kecuaian pihak lain.

Gambar : Friend Of SADA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here