Pemandu Grabcar Murah Hati Belanja Air Minuman Untuk Penumpang

0
170
views
Photo: Cempedakcheese

Seorang pemandu grabcar bukan sahaja membawa penumpang ke destinasi malah menyediakan pelbagai kemudahan lain kepada mereka sebagai satu nalai tambah kepada perkhidmatannya.

Bagi Abu Talib Mohd Ali, perkhidmatan GrabCar yang ditawarkan turut menyediakan air minuman, gula-gula dan servis mengecas telefon secara percuma. Khidmat ‘istimewa’ pemandu Grab itu mendapat perhatian netizen sehingga turut dikongsi oleh beberapa laman Facebook terkenal.

“Hi, saya Abu Talib. Jika anda perlukan sesuatu, sila beritahu saya,” tulis satu poster pengenalan yang ditampal di bahagian belakang tempat duduk hadapan. Selain itu, penumpang yang dipercayai mengambil foto Abu Talib turut mengambil gambar-gambar keistimewaan yang boleh dinikmati apabila menaiki keretanya.

Photo: Cempedakcheese
Photo: Cempedakcheese
Photo: Cempedakcheese
Photo: Cempedakcheese

Berdasarkan foto yang diambil, Abu Talib dipercayai membawa GrabCar di sekitar Jalan Pahang. Mungkin beliau berasal dari sekitar itu.

Jadi, siapa yang bernasib baik dapat menumpang Grab dengan Abu Talib, pastikan anda memberi lima bintang kepada pemandu ini! Tidak lupa juga, Abu Talib juga turut menawarkan ‘servis’ menukar stesen radio percuma. Serius rasa macam dihargai kalau dapat naik Grab seperti Abu Talib ini. – Cempedakcheese

Artikel berkaitan: Pemandu GrabCar/Uber Diganggu ‘Hantu Bibir Besar’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here