Penapis Udara Cuckoo – Adakah Ianya Berkesan ?

0
624
views

Baiklah kali ini saya akan ceritakan pengalaman menggunakan penapis udara yang dikeluarkan oleh syarikat Korea iaitu Cuckoo. Kenapa saya boleh mencuba penapis udara cuckoo ini di rumah? Ada orang kata, udara kita dah cukup bersih, kenapa nak pakai lagi benda ni ?Tak kan tak yakin lagi? Ok lah saya cuba ceritakan ye.

Pada mulanya memang saya rasakan tidak ada keperluan untuk memasang penapis ini di rumah.Ye lah, kita kan berada di Malaysia yang tidak dilanda ribut pasir atau musim ini bukanlah musim jerebu yang boleh menganggu tahap pernafasan. Kawasan rumah juga jauh dari kilang-kilang perindustrian apatah lagi disekeliling rumah ada banyak pokok hijau. Bila difikirkan semula, apa keperluan penapis udara ini?

Tetapi, sebenarnya ada perkara yang tidak kita sedari. Perkara yang tersembungi yang tidak nampak pada mata kasar. Apakah perkara itu ? Ianya adalah DEBU dan HAMA yang bersembunyi di siling rumah, sofa, karpet, almari, kerusi, di celah-celah pasu dan debu hama ini sentiasa berterbangan di dalam rumah kita. Bagi mereka yang memelihara kucing di dalam rumah, bulu-bulu halus yang tidak nampak ini sentiasa melekat di karpet dan baju kita serta baby. Semuanya ini tidak kita sedari dan ianya akan terus sentiasa berada dengan kita 24 jam/seminggu.

Bulu Kucing yang berterbangan (Picture : Policystreet)
Habuk kipas angin (Picture : Chamais.my)

 

Kesan Debu dan Hama

Sedari ataupun tidak, debu dan hama ini boleh mendatangkan kesan jangka masa panjang khususnya kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. Pada tempoh inilah mereka boleh menghidapi alergik atau alahan kepada habuk, dan kesannya mereka akan kerap selsema dan hidung selalu berhingus.

Contoh seperti yang terjadi kepada anak saya, Iskandar. Hingus dan selsema agak berpanjangan pada awal tahun ini. Rujukan doktor juga saya telah dapatkan dan salah satu sebab berpunca dari habuk dan debu yang ada di dalam rumah. Doktor menasihatkan saya supaya sentiasa memastikan tiada kotoran yang boleh menyebabkan anak saya berhingus dengan lama semula. Gambar di bawah semasa mendapatkan rawatan di Kedah Medical Center.

Sedut hingus
Kedah Medical Center

 

Selepas selesai berada di wad dan anak saya dibenarkan pulang, saya cuba lakukan apa yang doktor sarankan.

1. Cuci Rumah
– Ya ini menjadi rutin saya setiap dua hari sekali. Saya akan cuci semua almari, sofa dan mop lantai menjadi sebersihnya. Bayangkan kerja yang saya terpaksa buat, demi anak saya relakan saja.

2. Cuci Bilik
– Ini saya lakukan setiap tiga hari sekali. Bayangkan hama dan debu yang sentiasa ada di dalam bilik, tingkap dan cermin. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di rumah pusaka, punya banyak perabot atau peralatan lama. Selalu juga semak bantal-bantal dan selimut yang kita simpan di dalam almari. Di sinilah tempat berkumpulnya hama.

Anda semua boleh bayangkan beban kerja yang terpaksa saya buat. Semuanya itu memang meletihkan!

Selang beberapa hari, isteri saya beritahu yang kawannya ada iklankan tentang penapis udara. Saya berfikir, ya inilah masa yang sesuai untuk saya cuba. Mungkin ini dapat membantu kami sekeluarga dan khususnya anak saya, hidung berhingusnya akan hilang.

Saya memilih untuk menggunakan penapis udara C Model. Dalam variasi penapis ini, ada dua model, jenis C Model dan B Model.

Picture: Cuckoonanoo

Untuk jenis B model lebih sesuai jika kawasan rumah kita lebih luas dan saiznya lebih besar sedikit berbanding C Model. Jadi rumah saya bersaiz sederhana dan pilihan C model lebih afdal dan mengikut budget saya.

Pengalaman Order Penapis Udara

Sebenarnya saya pun tidak sangka untuk mendapatkan penapis ini sangatlah mudah dan tidak memerlukan banyak dokumen untuk diberi kepada pihak Cuckoo. Agen saya hanya minta gambar Mykad dan Kad Debit bank bagi proses pembayaran. Apa yang lebih memudahkan sebenarnya kita boleh buat pilihan untuk bayar secara lumsum atau secara sewabeli serendah RM60 sahaja sebulan. Jika dikira hanya RM2.00 sehari sahaja kita perlu sediakan.

Selepas proses permohonan, saya menunggu lebih kurang 3-4 hari untuk pihak Cuckoo sahkan order dan saya mendapat panggilan dari Cuckoo yang agen pemasangan akan tetapkan hari untuk proses ‘installation’. Proses lengkap dari submit order hingga installation ambil masa dalam 7 hari waktu bekerja. Dalam tempoh ini pihak Cuckoo dan agen sangat profesional semasa memberikan servis.

 

Ciri-ciri yang ada pada Penapis Udara Cuckoo

  • Navigasi suara & Tetapan masa
  • 7 Level sistem penapisan udara + Cuckoo Plasma Ionizer
  • 3 Penunjuk Aras Tahap Kepekatan Habuk di dalam udara (6 warna)
  • Cuckoo Plasma Ionizer (menghapuskan zarah yang lebih kecil dan merbahaya)
  • JIMAT TENAGA. Pasang 24 jam RM10+- sebulan. (mengikut keluasan bilik).
  • Voice Navigation (English/Mandarin/Korea)
  • Mempunyai duo sensor (gas & fine dust)
  • Pengiktirafan Clean Air Mark dari Korea Cleaning Association.

Nampak tak ada perlbagai ciri yang menarik khas untuk menapis udara yang kotor di rumah kita.

Saya tunjukkan filter yang saya buka setiap dua minggu. Benda ni kena cuci sendiri. Boleh bersihkan dengan berus kecil atau terus basuh dengan air. Yang bahagian dalam jangan usik. Filter ni pihak Cuckoo yang akan datang ke rumah dan tukar secara PERCUMA.

Nampak tak habuk yang melekat ni? Inilah habuk yang kita tak nampak tu.
Cuci dengan air biasa untuk hilangkan habuk di filter.
Dah siap dicuci.

Ini yang seronok dengar, PERCUMA selama 7 tahun. Lama tu dapat filter free. Mana nak dapat kan warranty macam ni. Saya terangkan di bawah faedah jika anda ambil secara:

Sewabeli/Rental

1. Bayaran serendah RM56.60 sebulan.

2. Kontrak sehingga 7 tahun.

3. Hakmilik selepas tamat kontrak Sewabeli 7 tahun.

4. Bayaran secara AutoDebit/Direct Debit terus dari akaun bank atau Kad Debit/kredit

5. PERCUMA Penukaran Filter berjadual sehingga 7 tahun.

6. PERCUMA servis 4 bulan sekali sehingga 7 tahun.

7. PERCUMA Pemasangan Semula (jika berpindah)

8. PERCUMA Full Warranty sehingga 7 tahun.

9. PERCUMA Pemasangan

10. Tanpa Slip Gaji

 

Cash/Outright dan Kad Kredit

1. Harga serendah RM2500.00

2. Kos jangka panjang lebih rendah dan menjimatkan.

3. Penjimatan sebanyak RM410 berbanding belian secara rental.

4. Bayaran Servis NCS yang murah untuk tahun ke 3 dan seterusnya.

5. PERCUMA Penukaran Filter berjadual sehingga 1tahun.

6. PERCUMA servis 4 bulan sekali sehingga 1 tahun.

7. PERCUMA Pemasangan Semula (jika berpindah)

8. PERCUMA Full Warranty sehingga 1 tahun.

9. PERCUMA Pemasangan.

Sebab itu di awal tadi saya katakan untuk mendapatkan penapis ini sangatlah mudah dan kita juga akan dapat macam-macam faedah tambahan. Jadi berbaloilah untuk kita pasang satu di rumah hari ini.

Dan Alhamdulillah, dengan Izin Allah anak saya sudah tidak berhingus dalam tempoh yang panjang lagi. Hidung dan hingus sudah kering dan beliau kembali lena dengan nyenyak sekali. Betapa seronoknya ibubapa melihat anak mereka sihat dan membesar dengan baik. Apalah nak dibandingkan dengan nilai RM60 sebulan kita laburkan untuk keselamatan dan kesihatan anak sendiri dan keluarga.

Jika anda berminat untuk pasang penapis udara Cuckoo ini di rumah, boleh hubungi (Pn.Syamim) di 0175587450 atau klik link ini. Beliau boleh bantu anda untuk dapatkan penapis udara ini.

 

Kenapa Perlu Memilih dan Membeli Penapis Cuckoo dengan Pn. Syamim ?

1. Pn. Syamim seorang ejen yang berdedikasi dan mesra.

2. Pn. Syamim sentiasa akan respon kepada pelanggan secepat mungkin kecuali tengah tidur.

3.  Jika pelanggan mempunyai sebarang masalah pre / post Pn. Syamim sedia membantu dengan segera!

 

Jika anda ada sebarang persoalan, boleh ajukan di ruangan komen di bawah, InsyaAllah akan dijawab dengan jelas.

Sila share artikel ini jika anda rasakan ianya bermanfaat untuk rakan-rakan dan keluarga terdekat.




LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here