Pernah Cuba Bingsu Di Beans N Beans Aman Central ?

0
254
views

Cuaca hari ini panas seperti biasa, Alor Setar dan haba memang cukup sinomin dari dulu lagi. Tidak hairanlah tanah di Kedah sangat sesuai dengan tanaman padi. Jenis tanaman ini perlukan musim panas yang konsisten. Dan jika kita perhatikan kebanyakkan rumah-rumah di sawah padi, ianya lebih tinggi dari tanah. Ini untuk menyalurkan udara di ruangan bawah rumah supaya sejuk dan menyenangkan anggota keluarga.

Selain itu, di kawasan kampung, terdapat banyak kedai-kedai yang menjual ais kacang. Saya masih ingat rupa ais kepal $0.20 zaman saya masih ada. Ais dibalut dengan kertas atau dimasukkan ke dalam plastik dan dicurahkan manisan sirap yang pekat. Menghirupnya saja sudah menghilangkan dahaga selepas bermain aci ligan atau aci sembungi. Ini ais kepal atau ais kacang versi Melayu.

Nostalgianya tetap subur dalam ingatan. Dan zaman ini, ais kepal masih dinikmati di seluruh negara, ditambah pula dengan cuasa panas setiap masa. Mencabar jiwa dan raga.

Seperti biasa, aktiviti hari minggu, kami kebiasaanya akan menghabiskan masa di luar rumah. Bersantai di tasik ataupun jika cuaca agak panas, Aman Central (AC) menjadi  pilihan nombor satu. Selain banyak aktiviti sini, kami juga boleh mencuba pelbagai makanan bermula daripada ala Jepun , Korea, sehinggalah ke makanan ala-Barat.

Kami sebenarnya sudah makan tenghari di rumah dan tiba agak lewat di Aman Central, hampir pukul 4 petang. Jadi untuk makan yang jenis ‘heavy’ seperti nasi atau pizza agak tidak logik kerana perut masih kenyang. Kami parking di level 6 dan turun melalui escalator. Hajat asalnya nak menonton wayang, tetapi sudah lewat dan baby Iskandar dijaga oleh Emmanya, kami membatalkan niat itu. Alang-alang keluar berdua sahaja, lebih baik berdating. 🙂

Dah lama tak berdating ni, kenalah cari tempat lepak best sikit. Nak makan berat-berat dah tak boleh. So kami buat keputusan untuk cari desert yang ringan tapi sedap. Di Aman Centarl ni ada satu kedai yang memang khusus untuk desert, ala Korea gitu. Bayangkan di Alor Setar, kita boleh makan pencuci mulut sama macam di Korea. Sesiapa yang pernah pergi sana mesti tahu apa special desert orang Korea. Ok, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok kedai apa yang kami makan dan apakah menu yang kami cuba.

Beans N Beans Aman Central

Kedai pilihan kami pada minggu ini adalah sebuah restoren ala Korea tetapi lebih fokus kepada desert (pencuci mulut/makanan ringan) iaitu Beans N Beans. Kedai ini sebenarnya dah lama beroperasi di AC, sejak 2016 lagi. Terletak bersebelahan Sakae Sushi dan bertentang dengan TeaLive. Jika anda berada di GSC Cinema sekalipun, memang akan nampak kedai ni sebab lokasinya paling hujung sekali sebelum escalator  luar AC.

Nak mudah jumpa, parking level 5, turun eskalator ke GSC Cinema, anda buat pusingan U, dan akan jumpa kedai ni. Mula dibuka pada jam 10 pagi dan tutup pada 10 malam. Bila dengar ja makanan berkonsep negara luar, mesti akan ada orang tanya tentang status halal. Jangan risau, pemiliknya adalah Islam Bumiputera dan semestinya segala makanan yang disediakan mematuhi peraturan Majlis Bandaraya Alor Setar dan ianya Halal. Dan mereka juga mendapatkan pengiktirafan kedai bersih gred A. So, jangan risau ye. Makan dengan tenang tanpa was-was, hehe.

So, kami masuk dan lihat menu yang disediakan. Ada bahagian depan kaunter yang menayangkan menu secara fizikal, iaitu kita boleh nampak rupabentuk makanan yang akan kita makan nanti. Bukan saja dalam bentuk tulisan, ada replika lagi. So senang la nak pilih sebab ni desert korea, bagi yang kurang biasa dengan bahasa mereka nanti tak dapat bayang menu tu macamana. Contoh ada menu yang digabungkan dengan bahasa korea seperti CROQUE MONSIEUR.

Jadi dalam tu ada contoh dan mudah untuk kita order. Selepas order, anda akan dapat satu penggera yang akan memberitahu yang pesanan anda telah siap. Cuma perlu tunggu di meja dan apabila penggera berbunyi, anda boleh tuntut pesanan di kaunter. Satu kelainan berbanding restoren yang lain di sini.

Sebenarnya bagi Beans N Beans, killer product mereka adalah bingsu. Apa benda bingsu ni? Haa kalau sesiapa yang baru first time dengar, bingsu ni macam ais kacang yang kita makan tu, tetapi ini versi yang lebih lebih sedap dan menarik. Sebab apa dia lebih sedap dan menarik ? Meh nak belanja gambar sikit. Tahan air liur tu ye.


Nampak tak apa yang menariknya tentang bingsu ni? Tak sama kan macam ais kacang versi kita punya. Versi kita dia lebih ringkas dan dibuat dengan mesin pemarut ais biasa. Bahan-bahan dalam pulak yang selalu kita makan (jagung, cendol, kacang dan lain-lain). Dihidangkan dalam mangkuk dan disimbah susu pekat manis di atas. Jika kita makan aisnya, tekstur agak kasar dan keras. Bagi saya ianya ok untuk versi tempatan. Cara kita dan budaya kita. Sedap dan seronok layan petang-petang di kampung.

Untuk versi bingsu ni, apa yang saya boleh katakan ianya sangat berbeza dengan ais kacang biasa. Saya paling suka tekstur aisnya sangat halus dan lembut. Ais ini dibuat dengan mesin khas yang dibawa dari Korea dan namanya snow ice. Dengan nama itupun kita dah boleh agak yang rasa dan tekstur ais ini pastinya berbeza, ianya lebih halus dan lembut. Apabila masuk ke dalam mulut, kita akan rasa ais itu cair dengan tenang dan ramuan bahan yang lain bergabung dengan baik. Saya memilih Choco Bingsu pada hari tu kerana ianya adalah bestseller di sini selain dari Caramel Bingsu dan Strawbery Cheese Cake Bingsu.

Untuk Choco Bingsu, ianya dihias dengan biskut oreo, satu scoop ais krim Chocolate lazat, beberapa keping pisang dan hirisan coklat kek disekeliling yang dipotong kecil, Chocolate syrup, serta serbuk Chocolate yang berada di dasar mangkuk bingsu. Boleh lihat jari saya melekat dengan Chocolate.

Selain dari bingsu, kami juga memesan CROQUE MONSIEUR. Jika anda nak order macam yang kami buat, boleh order pakej kombo kerana lebih jimat. Anda akan dapat semangkuk besar bingsu dan satu sandwich yang pada kami saiz hidangan sangat kenyang bagi makan petang. Isteri saya memang menggemari bread loaf ini. Saya hanya makan sikit sahaja, yang lain beliau habiskan. Inilah pengorbanan seorang suami. Harus mendahului minat isteri dahulu walaupun saya terliur melihat bread itu. Tapi tak apa, asalnya beliau gembira saya relakan. sob sob sob…

Terliur tak tengok ? Atas roti tu ada cheese yang meleleh dan ditaburi herba terpilih. Bread ni Beans N beand buat sendiri (homemade). Dimasak panggang dan dihidang terus dari dapur ke meja anda. Memang akan rasa bread tu fresh dan di dalamnya ada chicken slice. Buat penggemar cheese, inilah roti idaman anda yang sedang bersembunyi di Aman Central. Wajib cuba dan rasa.

Selepas beberapa ketika, kedua-dua menu yang kami pesan habis jua akhirnya. Alhamdulillah, nampak tak licinnya kami makan. tidak meninggalkan sebarang sisa-sisa makanan hatta bekas sekalipun. Kerana ianya sedap dan menggembirakan perut dan hati kami. Selepas selesai makan, anda boleh ambil air mineral percuma. Harus diingat, tidak semua kedai memberi servis percuma untuk air mineral, terutama kedai-kedai di dalam mall. Beberapa restoren di AC mengenakan bayaran untuk air kosong/mineral, jadi gunakanlah kemudahan ini dengan sebaiknya.

 

Kenapa Perlu Ke Beans N Beand Aman Central ?

1. Kedai Santai Dan Tenang
– Buat penggemar kedamaian dan ketenangan, ini port yang harus anda kunjungi untuk merehatkan minda dan jiwa. Anda boleh lihat bandar Alor Setar melalui tingkap kaca yang luas serta diselangi muzik mengikut mood Korea. Percayalah anda akan rasa lebih muda.

2. Bingsu Yang Berbaloi
– Dengan makanan yang enak serta harga yang berpatutan, bingsu yang ditawarkan mampu untuk memenuhi selera anda. Kami dah jadi pelanggan tetap kedai ini.

3. Halal dan Diyakini
– Seperti yang saya katakan di atas, pemiliknya adalah Islam Bumiputera dan semestinya segala makanan yang disediakan mematuhi peraturan Majlis Bandaraya Alor Setar dan Halal. Kedai ini mendapat pengiktirafan Gred A bagi premis makanan.

4. Pelbagai Menu
– Selain dari bingsu, mereka juga ada menyediakan variasi menu yang lain seperti Hot Chocolate (Hazelnut, Caramel), Herbal Tea, minuman Frappe, pelbagai jenis sandwich dan Waffle dan lain-lain.

Ok baiklah, semuanya dah diterangkan dengan jelas di atas. Kini, tibalah masanya anda pergi dan cuba menu yang kami cadangkan. Sebut MediaKedah di depan kaunter, moga-moga ada diskaun. 🙂 Nah kami belanja lagi gambar untuk anda.

 

Anda Boleh juga ke FB Rasmi mereka :   Beans N Beans Aman Central

Follow Instgram : Beans N Beans Aman Central 

No Phone : 04-733 8818

 

Semoga berpuas hati. Perghhh sedappp.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here