Raja Ema, Mentari Korea Dan Olimpik Seoul 1988

0
917
views
raja ema mentari korea

Permulaan

Mentari Korea merupakan sebuah lagu dari album ketiga Raja Ema berjudul Titik Bermula. Album ketiga ini mula diedarkan pada tahun 1988. Disebabkan Raja Ema sangat sibuk dengan aktiviti seni pada tahun sebelumnya. album ketiga ini mengambil masa lebih satu tahun untuk disiapkan.

Album ini mendapat sentuhan penerbit daripada Jenny Chin, Aman Shah, Billy Budiarjo dan Fauzi Marzuki, manakala lirik ditulis oleh Johan Nawawi dan Amran Omar.

Lagu Mentari Korea, sangat popular bukan sahaja kepada masyarakat Melayu tetapi juga Cina dan India. Ini dibantu oleh klip videonya yang dimainkan di kaca TV sepanjang bulan Olimpik Seoul 1988. Justeru, Raja Ema menjadi duta kepada atlet-atlet Malaysia yang bertanding di sukan tersebut.

Olimpik Seoul 1988

Sebagaimana Ella diberikan penghormatan untuk menyanyikan lagu tema untuk atlit Malaysia bagi Sukan Komanwel 1998 iaitu Standing In The Eye of The World, Raja Ema pula adalah penyanyi pertama yang diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu ‘penaik semangat’ dan tema untuk atlit Malaysia yang bertanding dalam Sukan Olimpik Seoul 1988 dengan lagu Mentari Korea yang dipetik dari album ketiga beliau.

Mentari Korea

Menariknya tentang lagu Mentari Korea, ia merupakan lagu saduran. Asal lagu ini dicipta oleh Leslie Mándoki. Beliau merupakan pemuzik dari Jerman-Hungary. Lagu berjudul Korea (Leslie Mandoki / Eva Csepregi) dimuatkan di dalam album Strangers in a Paradise (1988).

mentari korea
Leslie Mandoki – wiki
Eva Csepregi
Eva Csepregi – wiki

Variasi Lagu

Terdapat beberapa variasi lagu ini yang dinyanyikan ke dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Korea, Bahasa Jepun, Bahasa Cina dan Bahasa Melayu.

Versi Korea dinyanyikan oleh Park Hye Ryoung

Versi Jepun dinyanyikan oleh kumpulan Shohjo-tai

Versi Hong Kong dinyanyikan oleh Zeta Wong

Versi Malaysia dinyanyikan oleh Raja Ema

Lirik Mentari Korea – Raja Ema

Sinaran mentari yang menerangi
Keseluruh alam bergemilang
Bagai berterbangan
Kita mendatang
Dan menghinggapi digelanggang
Tersenyumlah mentari korea
Pertemuan ini optimis sekali
Bagai anugerah menyelubungi
Hingga terbawakan dalam mimpi

( korus )

Sinar mentari oh Korea
Ku mendaki mimpi-mimpi
Sinar mentari oh Korea
Cinta bersemi
Pertemuan di Korea
Kau menghidupkan semula
Pertemuan di Korea
Sehingga akhirnya

Di arena ini kita berpesta
Mengisi acara penuh mesra
Di sini bermula cita yang baru
Mengalir harmoni hasrat padu
Tersenyumlah mentari Korea
Pertemuan ini optimis sekali
Bagai anugerah menyelubungi
Hingga terbawakan dalam mimpi

Sumber

  1. Wikipedia
  2. Sinarharian April 2017
  3. Youtube
  4. cari.com.my

Baca Juga : Adakah ini Mona Lisa?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here