Resepi ayam goreng kunyit sedap dan ringkas

4
397
views
resepi ayam goreng kunyit
Foto : azuwar79.blogspot.com
resepi ayam goreng kunyit
Foto : azuwar79.blogspot.com

Bagi wanita yang bekerja, penat seharian bekerja dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas pastinya membuatkan anda hilang mood untuk memasak. Nah, kami sajikan anda dengan resepi ayam goreng kunyit.

Tetapi tak kan hari-hari nak beli makanan dekat kedai kan, kena lah masak juga.

Tidak perlu bersusah payah memikirkan menu yang hendak disediakan kerana kami ada menu ringkas, sedap dan senang
disediakan. Nah cubalah ayam goreng kunyit ini, makan dengan sup kosong sudah memadai dan membuatkan perut kenyang tidak terperi.

Masa:Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:
300g ayam, bahagian dada
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis

Cara Penyediaan:
Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus.

Tips : Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.

Sumber : iresipi.com melalui explorasa cari

 

Baca juga : Resepi ringkas paprik ayam

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here