Resepi paprik ayam

1
340
views
resipi paprik ayam
ayam-paprik
Resepi Paprik Ayam

Jom lihat cara memasak resipi paprik ayam yang lazat dan mudah. Khas untuk wanita yang mahu berikan kelainan dalam masakan seharian.

resipi paprik ayam
foto : blogopsi.com

Bahan-Bahan

  • 2 keping dada ayam – hiris nipis
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia – hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis

Bahan Sayuran

  • 2 biji putik jagung – dihiris
  • 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
  • bunga kobis – dipotong kecil
  • 1/2 biji karot – dihiris memanjang

Cara Memasak Ayam Masak Paprik
#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.

#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!

Nota : anda boleh tambahkan sedikit air bila kuah agak pekat

sumber resepi : blogopsi.com

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here