Resipi Nasi Goreng Ikan Masin Mudah Dan Menyelerakan

0
911
views
nasi goreng ikan masin

Ikan masin sering dikaitkan dengan lauk pembuka selera bagi sesetengah orang dan ada juga yang menjadikan ikan masin sesuatu yang istimewa dalam masakan seperti sayur kailan ikan masin dan masak lemak nenas ikan masin.

Bau ikan masin yang digoreng amat kuat jadi tidak hairanlah bila anda terbau ikan masin goreng, anda boleh mengagak masakan apa yang sedang dimasak oleh jiran anda. Di dalam entri ini saya ingin kongsikan resepi nasi goreng ikan masin yang mudah dan sedap dimakan.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 cawan nasi sejuk
  • 1/2 labu bawang besar – dihiris
  • 4 ulas bawang putih  – diketuk
  • 8 biji cili padi – diketuk
  • 3 keping ikan tenggiri masin – buang tulang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 peket kecil mix vege (jagung, kacang peas dan lobak)
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam (jika perlu)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan sedikit dengan sudip supaya hancur. Bila ikan masin hampir garing, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. .
  2. Tumis sampai naik bau dan kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan.
  3. Masukkan mix vege dan kacau hingga sayuran menjadi lembut.
  4. Ketepikan rencah dan masukkan telur.
  5. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letakkan sedikit garam jika  rasa nasi kurang masin.
  6. Goreng lagi dalam 3 minit. Siap untuk dimakan.

Sumber www.ciklaili.com

Baca Juga : Resipi Nasi Ayam Kukus Hainan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here