Sajian Nasi Goreng Cina Menyelerakan Dan Seimbang, Jom Cuba

2
295
views
sajian-nasi-goreng-cina
Sajian Nasi Goreng Cina Lazat Dan Seimbang

Sebelum ini kami di MediaKedah pernah berkongsi resepi nasi goreng kampung, pada hari ini kami hendak kongsikan resepi nasi goreng cina sedap dan seimbang.

Terima kasih kepada Maggi Malaysia kerana sudi berkongsi sajian yang sungguh enak ini. Sebenarnya bahan yang digunakan dalam hampir semua nasi goreng sama sahaja dengan yang lain. Cuma teknik memasak sahaja yang sedikit berbeza.

Kalau nak cuba membuatnya, boleh tengok resepi nasi goreng cina di bawah ini.

Bahan-Bahan :
  • 600g nasi sejuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 100 gisi udang
  • 100ml sayur campur beku2
  • sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu kecilserbuk lada putih
Cara Penyediaan :
  1. Mula-mula, panaskan minyak memasak di dalam kuali.
  2. Kemudian, masukkan bawang putih dan isi udang. Tumis sehingga isi udang benar-benar masak.
  3. Selepas itu, pecahkan sebiji telur di atas kuali dan gaul sekata dan biarkan ia masak bersama bahan-bahan tadi.
  4. Kemudian barulah masukkan nasi dan digaul bersama-sama dengan bahan-bahan tadi hingga sekata.
  5. Akhir sekali, masukkan MAGGI® CukupRasa™, sayur campur beku, minyak bijan dan serbuk lada putih dan goreng kesemua bahan lebih kurang 2 minit.
  6. Dihidang serta-merta sementara masih panas dan dinikmati sepenuhnya.

Sumber : Maggi Malaysia

Baca juga : Resepi nasi goreng kampung

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here