Seorang Lelaki Berhenti Kerja Dan Bercuti Bersama Teman Karibnya, Willow Seekor Kucing

0
174
views
Rich dan Willow
Rich dan Willow
Berhenti kerja dan nekad mengelilingi Australia
Rich dan Willow
Foto : vancatmeow.com

Pada bulan Mei 2015, seorang lelaki bernama Rich mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Rich yang tinggal di Hobart, Tasmania telah menjual keseluruhan hartanya termasuk rumahnya. Alasannya adalah untuk bercuti mengelillingi Australia.

Namun Rich tidak berseorangan, beliau ditemani sahabat karibnya seekor kucing bernama Willow. Rich dan Willow telah berjalan sejauh 50,000 kilometer dengan sebuah van mengelilingi Australia.

percutian rich & willow
Foto : vancatmeow.com

Pasangan itu telah sampai ke selatan Australia pada bulan Februari 2017. Sepanjang perjalanan tersebut, Rich dan Willow telah melawat 6 negeri dan 2 wilayah Australia.

percutian rich & willow
Foto : vancatmeow.com

Sepanjang percutian, Rich telah merakamkan perjalanannya ke dalam media sosial dan laman web rasmi beliau. Menurut Rich, beliau telah mengalami pelayaran di sepanjang Great Barrier Reef, berkhemah di gunung dan berjalan sehingga ke wilayah utara Australia.

Bagaimana pula dengan kucing peliharaan Rich, Willow? Sudah semestinya Willow setia menemani Rich kemana sahaja beliau pergi. Walaubagaimanapun, Rich telah memasang kolar pengesan untuk mengesan kemana sahaja Willow berada.

percutian rich & willow
Foto : vancatmeow.com

Terdapat juga segelintir orang yang merasa janggal kerana Rich bercuti bersama haiwan kesayangannya. Bagaimanapun, menurut Rich, Willow bebas menikmati percutian mereka berdua. Willow sangat gembira dan suka dengan gaya hidup barunya.

percutian rich & willow
Foto : vancatmeow.com

Baca juga : Tips Melancong Ke Cameron Highlands

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here