Siri Cerita Teladan : Kisah Sebiji Tembikai

0
159
views

Seorg lelaki pulang ke rumah dgn membawa sebiji tembikai. Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: “tawar”. Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: “Saya membeli tembikai itu dari pasar
Isteri: “Saya tahu
Suami: “Pada pendpt awak, semasa sy membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?”
Isteri: ” Tentulah yang manis
Suami:” Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka hendak menjual yang manis atau yang tawar?”
Isteri: “Tentulah mereka ingin menjual yang manis
Suami terus lagi bertanya: ” Ketika peraih (orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar,
mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?”
Isteri: “Mesti yang manis

Si suami diam sejenak…
Kemudian dia menyambung.” Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?”
Isteri: ” Tentu yang manis, pastinya.”
Suami:” Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?”
Isteri: “Mesti saya ingin yang manis. Kenapadgn semua soalan ini?” soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
Ketika semua org inginkan buah yg manis, sebaliknya pula yg berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!

Isteri orang soleh itu terdiam.
Marahkan siapa?

‘Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenanrnya marahkan siapa?
Bukankah semua orang inginkan buah yang manis.
Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,
Jadi awak marahkan siapa?
Marahkan saya yang membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yang menanam?
Atau Allah yang menentukan rasa tawar?”

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tidak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, Semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai org akan terasa hati.

Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati atau mungkin ayah yang membeli terasa hati.

Dan lebih-lebih¬† lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah “mengecam” Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit,
mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

“KISAH PEDOMAN, HANYA SEBIJI TEMBIKAI, KITA MERUNGUT KEPADA ALLAH TA’ALA”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here