Sistem pengecaman wajah untuk pembayaran atas talian

1
233
views
facial_recognition
facial_recognition
Sistem pengecaman wajah di China kini membenarkan bayaran, menyediakan akses kepada kemudahan, dan menjejaki penjenayah.

Face++ Cognitive Services ( adalah platform yang menawarkan teknologi pengecaman wajah). Face++ membolehkan anda menambah teknologi pengiktirafan analisa berasaskan deep learning, ke dalam aplikasi dengan menggunakan API dan SDK yang mudah dan efektif.

Menurut Will Knight, penulis dari MIT Technology Review, teknologi Face ++ ini sedang dibangunkan oleh kerajaan China dengan kos permulaan sekitar 1 bilion USD. Ketika beliau melawat bangunan Face ++, sejurus melangkah masuk melepasi pintu, wajahnya terus diimbas dan disimpan ke dalam pangkalan data. Seterusnya beliau telah diberi akses automatik ke dalam setiap kemudahan. Sistem tersebut turut memantau setiap pergerakan beliau ketika berada di setiap bilik.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem pengecaman wajah menjadi lebih cekap. Di China menyaksikan perkembangan pesat terhadap teknologi ini untuk aspek pengawasan dan kemudahan. Sistem ini mungkin mengubah cara orang berinteraksi setiap hari dengan bank, kedai, perkhidmatan pengangkutan dan lain-lain.

Melihat pada teknologi dari Face ++, ia sudah digunakan dalam beberapa aplikasi popular. Dari aplikasi pembayaran atas talian seperti Alipay, (aplikasi pembayaran mudah alih dengan jumlah pengguna lebih 120 juta orang) sehingga Didi, syarikat pengangkutan dominan China, menggunakan perisian Face ++ untuk mengesahkan penumpang.

facial_recognition
Foto : technologyreview.com
Hala Tuju Masa Hadapan

Alibaba’s Ant Financial telah bekerjasama dengan KFC di bandar raya Hangzhou timur China untuk perkhidmatan “smile to pay“. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memproses pembayaran atas talian hanya dengan senyum ketika wajah mereka diimbas di salah satu skrin layan diri. Kamera 3-D berfungsi mengimbas wajah pelanggan untuk mengesahkan identiti mereka. Pilihan pengesahan nombor telefon disediakan sebagai langkah keselamatan tambahan

facial_recognition
Foto : cnbc
Langkah Permulaan

Peringkat permulaan aplikasi di China ini digunapakai kerana mengambil kira sikap rakyat tempatan terhadap sistem pengawasan dan privasi. Pihak kerajaan tempatan juga turut menggunakan Face++ untuk mengenal pasti penjenayah dengan bantuan kamera pengawasan disekitar bandar. Walaupun kadangkala analisis ini boleh tersilap, namun ini adalah langkah terawal.

Teknologi imbasan wajah telah wujud selama beberapa dekad, tetapi barukini ia mula digunakan dalam transaksi kewangan. Versi baru menggunakan deep learning, sistem kepintaran buatan yang sangat berkesan untuk pengecaman imej.

Adakah setiap negara akan mula mengaplikasikan teknologi ini bagi kepentingan umum selepas China? Adakah kita sebagai pengguna telah cukup bersedia menerima impak positif dan negatif yang dibawakan oleh teknologi ini?

Sumber Artikel:

  1. MIT Technology Review
  2. CNBC

Baca juga : Kelainan bubur asyura bersama keju

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here