Suspek Kes Pukul Sampai Mati Direman

0
99
views

LELAKI yang ditahan di Kampung Pinang, Air Itam, Georgetown 10.10 malam tadi direman tujuh hari di Mahkamah Sesyen Georgetown bagi membantu siasatan kes pukul sampai mati.

Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Tajudin Zain menetapkan tempoh berkenaan untuk siasatan lanjut selepas suspek berusia 23 tahun itu diberkas di rumah sewanya oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek pulang ke rumah mengambil pakaian untuk melarikan diri selepas mengetahui dia diburu polis selepas kejadian pada malam Jumaat lalu itu.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke IPDTL sebelum dibawa ke mahkamah, hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, suspek dan seorang lagi rakannya yang masih bebas memukul mangsa, Lim Kok Boon, 33, di kawasan tempat pembuangan sampah di Blok B, Flat Kampung Melayu, Air Itam.

Mangsa dipukul dengan topi keledar sehingga pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan meninggal dunia jam 10 pagi semalam.

Susulan itu, polis masih memburu rakan suspek Mohd Yusri Mohamed, 38, dari Flat Kampung Melayu, Air Itam.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi IPDTL di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran.- HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here