Taubat dari sekumpulan perompak

0
129
views
taubat
taubat

Pada zaman dahulu terdapat sekumpulan lelaki yang bekerja sebagai perompak. Ramailah pedagang – pedagang yang melalui kawasan tersebut yang menjadi mangsa mereka. Pada suatu malam mereka berpakat untuk merompak di sebuah rumah salah seorang kaya di bandar itu. Mereka lalu menyamarkan diri sebagai tentera – tentera Islam yang baru pulang dari jihad pada jalan Allah. Rancangan mereka ialah untuk merompak rumah tersebut pada keesokan malamnya.

Setelah sampai mereka lalu mengetuk pintu rumah sambil menerangkan kepada tuan rumah: ‘Kami adalah dari pasukan jihad dan baru pulang dari medan perang. Sesungguhnya kami telah tersesat jalan dan jika diizinkan tuan dapatlah kiranya kami bermalam di rumah ini.’

Tuan rumah itu amat berbesar hati kerana sudah menjadi satu kebanggaan menyambut para pejuang yang baru pulang dari medan jihad. Semasa makan malam mereka terpandangkan seorang kanak – kanak yang terbaring lesu di ruang tamu tersebut. “ Siapa budak itu?” Tanya ketua perompak tersebut. Lelaki kaya itu lantas menjawab: “ Ohh.. itu anak saya. Tubuhnya cacat dan sudah berbagai – bagai ubat dan tabib yang kami jumpa untuk menyembuhkannya. Tapi Allah belum lagi mengizinkannya.”

Selepas makan malam, perompak – perompak itu berpura – pura mengambil mengambil wuduk untuk menunaikan solat malam bagi mengabui mata tuan rumah tersebut bahawa mereka sememangnya tentera Islam yang baik dan bertakwa.
Ketika itulah lelaki kaya itu berfikir: “ Hmm. Baik aku ambil sedikit sisa air wuduk mereka yang berjihad pada jalan Allah ini. Manalah tahu dengan keberkatan mereka itu anakku akan sembuh.”

Dia lalu mengambil air bekas wuduk lelaki – lelaki tersebut dan diberikan kepada isterinya. “ Sapukan air ini ke seluruh badan anak kita, moga – moga keberkatan mereka berjuang di jalan Allah akan menyembuhkan anak kita.” Kata lelaki tersebut kepada isterinya. Perempuan itupun tanpa membantah melakukan seperti apa yang disuruh oleh suaminya.
Pada keesokan harinya tiba – tiba anak lelaki kaya yang lumpuh itu telah sembuh dengan serta merta. Lelaki kaya dan isterinya amat gembira kerana hajat mereka untuk melihat anak mereka sembuh seperti sediakala terkabul juga. Ketua perompak yang melihatkan peristiwa itu lantas bertanya kepada lelaki tersebut: “ Bukankah itu anakmu yang kami lihat lumpuh semalam?”

“ Ya benar, itulah anakku yang lumpuh semalam. Sesungguhnya semalam tanpa pengetahuan kamu semua, aku telah mengambil air dari sisa wudukmu untuk disapukan ke badan anakku. Alhamdulillah dengan izin Allah anakku telah sembuh. Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana berkat kamu semua sebagai mujahid di jalan Allah, anakku telah sembuh.” jelas lelaki itu panjang lebar.

Mendengarkan keiklasan dan ketelusan lelaki itu yang percaya dan yakin bahawa mereka adalah para mujahid Islam, perompak – perompak itu terharu lalu menangis.

Ketua perompak itu akhirnya menceritakan keadaan yang sebenar bahawa mereka bukanlah pejuang jihad tetapi perompak yang mahu merompak rumahnya.
Namun disebabkan keyakinan kepada Allah bahawa mereka adalah para mujahid menyebabkan anak mereka sembuh seperti biasa.

Dengan nada penuh keinsafan ketua perompak itu berkata: “ Bukan kami yang menyembuhkan anakmu, tetapi keyakinan kamulah yang menyebabkan Allah memberikan kesembuhan itu. Sesungguhnya peristiwa ini telah menyedarkan kami dan mulai dari hari ini kami akan bertaubat dan tidak akan merompak lagi.”

Akhirnya semua perompak itupun meninggalkan pekerjaan keji mereka dan seterusnya bergabung bersama – sama pasukan jihad yang sebenarnya untuk menjadi para mujahidin sejati.

sumber : klinikmotivasi.com

Baca juga : Apa anda perlu tahu tentang kutu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here