Terima kasih, MediaKedah Kini Mencecah 13000 Pageviews

0
34
views

Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pengikut dan pelawat blog MediaKedah.com . Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda kerana atas sokongan selama hampir setahun (September 2017), kini Mediakedah menerima 13,000 lebih pageviews.

Blog ini pada mulanya dibina untuk mengumpulkan ribuan maklumat serta tips-tips berguna sesuai untuk rujukan rakyat Malaysia yang mahukan info menarik dan pantas. Kami akan menambahbaik kandungan dan persembahan dari masa ke semasa. Usia blog yang muda ini tidak akan menghalang kami untuk terus lebih berusaha agar anda semua berpuas hati.

 

Perancangan Untuk Tahun Kedua

Insha Allah dengan berpandukan data yang diperolehi di dalam sistem kami, kebanyakkan pelawat menyukai artikel resipi dan travel. Maka untuk tahun kedua, kami akan tingkatkan supaya memenuhi selera pembaca.

Disamping itu, kami akan teruskan penjenamaan MediaKedah.com agar lebih dikenali.

 

Kepada Anda Harus Membaca MediaKedah.com ?

Soalan yang baik untuk dijawab. Umum mengetahui banyak media alternatif yang memberikan persembahan dan konten bacaan seperti kami. Ianya begitu kompetitif untuk bersaing secara sihat serta memberi lebih banyak ruang pilihan kepada pembaca untuk menyukai sesuatu blog tersebut.

Gaya penulisan, gambar kreatif dan jenama memainkan peranan penting untuk menangkap pembaca setia. Inilah usaha yang kami sedang lakukan. Untuk kepuasan dan memenuhi cita rasa anda semua.

Kami akan pertingkatkan mutu penulisan, persembahan serta memberikan maklumat-maklumat berguna untuk anda gunakan sebagai rujukan yang sahih. Kami tidak membuang masa, begitu juga anda bukan?

Jom Sokong Kami

Kami amatlah berbesar hati sekiranya anda dapat berkongsi blog ini dengan rakan dan keluarga besar anda. Kejayaan kami tidak akan berlaku tanpa anda. Tanpa pertolongan anda. Tanpa tindakan anda untuk menghebahkan maklumat yang baik di dalam blog ini.

Bersemangatlah kami andainya blog ini mendapat tempat di hati anda. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih. Ikuti artikel-artikel menarik selepas ini.

 

Terima kasih

Wan Sufi (Admin MediaKedah.com)

 

 

Kredit gambar : Herdivaonlinefashion.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here