Tersentuh Baca Perkongsian Wanita Ini Jaga Anak Autism

0
276
views

‘Hantuk Kepala Di Lantai, Letak MAKANAN Di Kepala & GIGIT Bahu Suami.

Hebat sekali dugaan bagi ibu bapa yang mempunyai anak autism. Lihat sahaja pelakon Zarina Zainuddin yang begitu sabar dan tabah melayan kerenah anak kembarnya.

Walau apa sahaja perlakuan mereka, Zarina tidak pernah marah, sebaliknya menganggap apa yang dilalui sebagai pengalaman terindah.

Begitu juga kisah seorang bapa, Iman Wan yang juga mempunyai anak autism. Kisahnya jadi viral baru-baru ini menceritakan pengalaman menjaga anak begini yang tidak semudah disangka.

Begitu juga perkongsian seorang ibu yang menggelar dirinya Mak Jemah. Tersentuh hati membaca perkongsiannya menjaga Mohamad Tajun Mikael.

anak autism
Seperti kanak-kanak normal lain.

Menurutnya hancur hati melihat anak orang lain boleh bercakap tetapi tidak bagi anaknya. Anak yang dilahirkan hanya diam membisu dan berada dalam dunia khayalan sendiri.

Untuk sekali lagi yang ingin tahu apa yang terbuku dalam hati seorang ibu kepada anak autism..

Kau tidak tahu bagaimana rasa hancurnya hati seorang ibu apabila melihatkan anak orang lain petah bercakap, tetapi anak kau hanya diam membisu, menyendiri dgn dunia khayalan sendiri..

Kau tidak tahu rasa pedihnya hati mengharap dia memanggil umi sedangkan anak orang lain lunak bersuara memanggil ibu masing2.

Kau tidak tahu rasa pedihnya hati ini tatkala kau melihat anak orang lain sedang gembira berlari-lari, tetapi anak kau duduk sendiri yang tidak tahu erti berkawan.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang sikap mereka boleh berubah sekelip mata. Ada masanya menangis dan nada masanya ketawa sendirian tanpa diketahui apa yang menggelikan hatinya. Malah kejadian di mana dia memangis sambil menghantuk kepala ke dinding begitu menyentap hatinya.

anak autism
Ada masanya dia ketawa & memangis tanpa sebab.

Kau tidak tahu rasanya kesedihan yang aku tanggung apabila melihatkan anakku sedang berdiri sendirian di hadapan tv sambil mengibas-ngibaskan tangannya,kadang kala tiba2 menangis kadang kala ketawa entah kenapa.sedang kanak-kanak sebayanya sedang gembira bermain dan mengerti apa yg berlaku sekelilingnya.

Sehingga kini dia masih menarik tangan aku jika inginkan susu,makan dan sesuatu.

Aku pernah melihat anakku menangis sambil dia menghantukkan kepalanya di lantai dan berlari menghempaskan diri di dinding secara tiba2.

Banyak perkara pelik yang mereka buat. Berjalan menjengket kaki, ketawa tanpa ada yang melucukan hati, juga menggigit bahu suami hingga biru jika keinginan tidak dipenuhi. Kadang-kadang dia juga menutup telinga jika mendengar bunyi bising tanda dia rimas.

anak autism
Wajah kesayangan ibu & ayah.

Aku pernah melihat anakku berjalan pelik dengan menjengketkan kaki.

Aku pernah melihat anakku ketawa tanpa ada apa yang melucukan hatinya.

Aku pernah melihat anak ku mengigit bahu suami ku hingga biru tidak memdapat seauatu keinginan nya.

Aku pernah melihat anakku berpusing-pusing tanpa arah tujuan.

Sehingga kini, setiap hari aku melihat anakku menutup telinganya tatkala mendengar bunyi bising tanda dia rimas.

Mood kanak-kanak yang menghidap autism ini sentiasa berubah-rubah. Menurutnya, anaknya ini kadang-kadang meraung di kedai makan tanda protes tidak mahu makanan, atau dia menyapu makanan terhidang ke kepalanya dan bersekang mata hingga 3 pagi menunggu dia masuk tidur.

anak autism
Tetap melayannya seperti kanak-kanak lain

Sehingga kini, aku berdepan dengan mood dirinya yang berubah-ubah. Kadangkala perlu ditarik dan didukung ketika dalam keramaian orang.

Terkadang dia meraung di kedai makan tidak mahu duduk dan suka melihat suami aku makan berdiri.

Terkadang dia menyapu makanan yang dihidangkan ke kepalanya.

Terkadang terpaksa bersengkang mata hingga 3 pagi menunggu dia mengantuk.

Hati keibuannya memang cukup mudah tersentuh. Dia memangis apabila melihat gambar anaknya untuk memohon kad OKU. Namun dia juga turut berterima kasih kerana ada insan lain yang sanggup menjaganya ketika dia keluar mencari rezeki. Pernah diduga apabila anaknya hilang dari pandangan ketika usia dua tahu. Ketika itu terasa gelap dunia dan mungkin ia sebagai teguran dari Allah supaya tidak leka.

anak autism
Berada dalam dunia tersendiri.

Aku menangis bila melihat gambarnya untuk memohon kad OKU.

Aku tertawa melihat dia mengangkat kakinya ke muka aku tanda ingin membuka kasut nya.

Aku bersyukur ada insan lain sanggup sayang, ikhlas dan menjaga dia tatkala aku sibuk mencari rezeki.

Aku pernah terlepas pandang, sekali ku pusing anakku hilang.

Anakku pada ketika itu, tidak mampu bercakap walau usianya sudah 2 tahun 8bulan.

Kau tahu betapa gelapnya hidup aku ketika itu.

Mujurlah Allah beri “pengajaran” supaya selepas ini aku tidak lagi alpa mata.Dengan pantas mencari cermin kerana aku tahu dia pasti sedang bermain dgn bayangan dirinya dicermin.

Mungkin ini teguran dari Allah supaya aku tidak leka.

Wanita ini diakhir bicaranya mahu diberikan peluang untuk bergembira dengan anaknya. Perkongsian di alam maya ini bukan untuk membangga diri tetapi kerana ingin memberi inspirasi kepada semua pasangan yang mempunyai anak sepertinya yang merupakan hadiah paling berharga dari Allah SWT.

anak autism
Hadiah cukup bernilai dari Allah SWT.

Berilah aku peluang untuk bergembira dengan anakku. Berilah aku peluang untuk “memperkenalkan” anakku.

Aku berkongsi, bukannya tandanya hendak membangga diri.

Aku ingin beri inspirasi kepada semua Ingin juga memadam lara di hati ini..sedangkan diluaran aku masih tersenyum gembira.

Aku yakin kelebihan ini adalah “hadiah” dari Yang Maha Esa.

 

Baca Juga : Harga Segelas Susu

— hijabista.com.my —

Sumber: FACEBOOK MAK JEMAH

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here