‘Ubi’ Kedah Berdepan Kunjungan JDT

0
155
views
farhan roslan kedah fa

KEDAH melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama bagi menghadapi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga SUper di Stadium Darul Aman, Sabtu ini. Ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, rombakan itu bagi memberi peluang kepada pemian muda untuk mempamerkan kemampuan mereka ketika menentang sebuah skuad gergasi seperti JDT.

Jelasnya, kepercayaan itu tidak perlu diragui kerana pemain sama antara yang berjaya memastikan Kedah berada di final Piala Malaysia ketika ini. Malah, pemain muda skuad hijau kuning juga telah membuktikan mereka mampu untuk memberi kejayaan berdasarkan kejayaan sebelum ini.

“Saya kenal kemampuan barisan pemain kerana rata-rata mereka telah bersama pasukan kita sejak empat tahun lalu, malah mereka juga telah membantu menyumbangkan pelbagai kejayaan sebelum ini.

“Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi serta sikap ingin menang dalam setiap perlawanan. Oleh itu, mereka juga perlu diberi kejayaan dalam perlawanan menentang pasukan seperti JDT.

“Daripada apa yang kita telah pelajari, kejayaan sesebuah pasukan termasuk Kedah sendiri tidak terhasil kerana individu tertentu sebaliknya perjuangan seluruh pasukan serta penyokong.

“Saya yakin mereka mampu memberikan yang terbaik di Stadium Darul Aman. Pastinya mereka juga ingin menamatkan permainan dengan kejayaan,” katanya.

Nidzam Adzha menambah, peluang yang diberikan itu turut dapat memberi ruang kepada pemain utama untuk berehat sebelum aksi final Piala Malaysia.

Beliau berkata, selain perlawanan terakhir Liga Super, skuad hijau kuning juga memberi tumpuan dan persediaan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia. – Mstar

 

Baca juga : Final Piala Malaysia 2017 Kedah vs JDT terima 30,750 tiket

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here